Instagram

Sunday, July 12, 2009

Kemas-kemas Rumah

Malam semalam angah call ayah, dia cakap balik ofis terus pergi umah along. Ma ayh pon ajak la kitorang ke umah along gak. Tolong-tolong kemas. Ma bawak macam-macam makananuntuk makan kat sana. Sampai sana tengok 3 orang adik abang edi, Safri, Andy, Arif dgn suami Kak Ati[adik abg Edi] namanya A.E. tolong-tolong kemas dan angkat-angkat barang.


Setelah siap abg Edi ajak makan kat restoran sebelah rumah [bhgia giler idop mereka,restoran seblah umah je..haih]. Aku meng’order’ char kuew teow. Erm…hihi. Rase oke la tapi aku tak paham nape rase die mcm kuew teow GORENG KICAP sikit. Mungkin tu cara dia masak kot. Time nak mengorder kitorang wat havoc di sana. Patut tak patutnya si Safri mintak air kulit limau ais. Haih. Pelik-pelik je ar. Aku mintak air basuh tangan je. Dia lebih-lebih ea.


Sementara tunggu makanan sampai, berborak-boraklah sesame sendiri. Ma tanya Safri dan cukup study ke untuk SPM. Dia menjawab dengan muka tak berdosa, “dah abis study sume dah smpai tak tau nk study ape lg.” huhhu…sedih aku dengar jawapan kau.


Balik kembali ke rumah kitorang smbung makan bubur kacang yang ma bawak dari umah. Ingatkan dorang tak lalu dah. Hm..si Safri ngan abg Andy tuh ha..dengan lahapnya menyerang. Makanlah juga dalam semangkuk. Seterusnya, dorang pon pulang menaiki van. Aku plak menaiki Saga baru angah bertiga je. Aku, Angah ngan Intan. Ma, ayh ngan adik naik Myvi along. Kete ayah??? Dalam tempoh pemerhatian di hadapan umah. Hehe… along tah bila dia nak amik Myvi dia. Kete dah dua dah kat umah dia tuh. Mungkin dia takkan amik kot. Haha

Balik umah basuh kaki aku bantai tido.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...