Instagram

Friday, July 10, 2009

Lawatan ke Unit Forensik, Maktab PDRM.

1 Julai 2009 - 8 pagi

Bertolak menaiki sebuah bas dan dua buah kereta, pelajar seramai 50 orang dan tiga orang guru pengiring, menuju ke Maktab Polis Di Raja Malaysia di Bahagian Unit Forensik atau Forensics, Royal Malaysian Police, PDRM.

Tepat jam 8.45 pagi kami tiba di Unit Forensik. Kami di jemput menjamu selera sebelum diberi taklimat di Dewan Forensik. Taklimat disampaikan oleh Sarjan Norjamiyah, beliau merupakan orang terawal berkhidmat di Unit Forensik PDRM Bahagian Pengesanan Cap Jari. Taklimat berlangsung selama kurang setengah jam.


1 : cap jari pada kertas A4
2 : cap jari pada kertas A4,jelas setelah disuluh oleh cahaya ultra.
3 : cap jari pada permukaan licin, jelas setelah disapu sejenis serbuk magnet.
4 : antara material yang digunakan ketika pengesanan cap jari pada permukaan rata.


1 : pakaian yang mempunyai kesan air mani disuluh cahaya ultra dan kesannya sangat jelas.
2 : alatan mesin yang digunakan bagi menyalurkan cahaya ultra.
3 : pegawai yang bertugas menyelenggara alatan tersebut.
4 : kesan cap jari di permukaan berlekuk, dikesan menggunakan sejenis serbuk bukan magnet.


Selepas itu, kami dibawa ke Unit Pengesanan Cap Jari, taklimat susulan pula diberi oleh seorang pegawai polis wanita, dibantu oleh pegawai polis pengiring kami iaitu Sarjan Norjamiyah sendiri.
Setelah jelas, kami dibawa ke Seksyen Jenayah Komputer, Inspektor Ramlan merupakan pegawai polis utama yang ditugaskan di bahagian ini, beliau menerangkan serba sedikit kaedah pengesanan data-data yang terhapus dari komputer melalui pengesanan hard-disk dan beberapa material lagi.


Selesai, kami dibawa ke Unit Pengesanan Audio dan Video. Kami tidak ditunjukkan sebarang demonstrasi atau material memandangkan segalanya telah dibawa ke pameran di samping sebahagian daripadanya tidak dapat ditunjuk memandangkan ia masih di bawah pengawasan polis contohnya, barang-barang kes dan sebagainya.


Setelah itu kami dibawa pula ke Bahagian Unit Forensik di mana pegawai-pegawai forensik ditugaskan di luar Unit ke tempat kejadian bagi mendapatkan tindakan awal. Di sini kami ditunjukkan beberapa alatan dan set-set material khas yang perlu dibawa ke tempat kejadian apabila berlaku sebarang kes jenayah mahupun kemalangan. Kami juga diberi peluang untuk melihat sendiri cap jari dan kesan cecair pada barang kes menggunakan gogel khas serta cahaya ultra berlainan warna yang juga berlainan fungsi.


1 : cecair pengesan cap jari pada barang kes.
2 : penanda barang kes.
3 : alat cahaya ultra.
4 : alat kecemasan sekiranya berlaku kemalangan di dalam unit forensik.


Lokasi terakhir kami ialah di Dewan Forensik sekali lagi untuk majlis penutup serta membeli cenderahati dari Unit Forensik. Sekitar 12 tengahari kami bertolak dari Bahagian Unit Forensik, PDRM.




>>smpai skolah dlm kul 12 stgh, kelas blom abis tp student yg terlibat ng aktiviti luar kelas dibenarkan balik.dgn khusyuk dan tawadhuk ak pon call pakcik n lepak di luar smbil makan roti uncle john..ahaha..pakcik roti john tuh kenal sgt ha ng wajah comel ak ni..ak pegi je xsmpat pesan lagi die dah kasik 2 bungkus, ak nk beli 1 je pdhal..haih..dgn kehebatan luar biasa berlakulah suatu perbualan

pakcik : xpelah,amek je 2 2.ni pakcik sedekah ni.tgk awk ng kawan2 turun bas.pegi ke mana?"
aku : pegi PDRM, kitorg kene tahan kat ISA,pakcik.ni baru lepas.
pakcik : yeke?
aku : taklah,kitorg pegi makmal forensik. ada lawatan.[senyum]
pakcik : pakcik dah agak dah awk tipu.[sentap]
aku : haha..time kasih ye pakcik!assalamualaikum.
pakcik : oke2 same2.waalaikumussalam.

pakcik dtg dan mengangkut ak serta nedy dan nisah.

.GRATITUDE.
SPECIAL THANKS TO FORENSICS, ROYAL MALAYSIAN POLICE, SCHOOL DISCIPLINE UNIT AND ALL STUDENTS, ALSO FOR THOSE WHO INTERFERE WHETHER PHYSICALLY OR MENTALLY TO MAKE THIS USEFULL TRIP SUCCESS.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...