Instagram

Thursday, July 9, 2009

Mukhaiyyam Tarbawi KAA SMKSI 2009 - Kem Nur Sg Merab, Bangi.


Mukhaiyyam Tarbawi KAA SMK Saujana Impian 2009

Kem Nur Sg Merab, Bangi.

19 Jun 2009 - 20 Jun 2009


19 JUN 2009.

Tiba di Kem Nur Sg Merab sekitar jam 5 petang. Kami diarah untuk membentuk kumpulan sejak sebelum bertolak. Sesampainya di sana kami diarah jua untuk berkemas diri dan diberi tempat penginapan iaitu asrama. Setelah itu kami bersolat asar. Dan bermulalah program kami pada hari itu iaitu Taaruf bersama Kem Komanden dan Kem Komanden Lil Banat serta Akhi-akhi dan Ukhti-ukhti fasilitator yang lain. Lagu tema mukhayyam kali ini ialah Jalinan, nyanyian UNIC. Setelah taaruf kami diperkenalkan pula dengan fasi-fasi bagi setiap kumpulan. Fasi bagi kumpulan senior perempuan ialah Ukhti Nur Hanisah atau Ukhti Sah. Setelah bertaaruf kami diberi taklimat oleh Kem Komanden iaitu dan Akhi FauzanDr Azizan, penaung mukhayyam KAA SMKSI. Bezanya mukhayyam kali ini dengan yang sebelumnya, barang-barang berharga seperti hp, kamera dan videocam tak dirampas. Usai aktiviti petang itu kami berjemaah Maghrib dan diberi Kuliyah Maghrib oleh penceramah jemputan. Jalinan sekali lagi dimainkan. Seterusnya aktiviti bersama fasi masing-masing iaitu Tadabbur Al-Quran. Membaca Surah Al-Mulk bergilir-gilir. Selesai aktiviti kami diberi taklimat oleh suami Ustazah Anida tentang ibadah Qiamullail yang bakal ditunaikan menjelang pagi esok.

12.00 am-
henpon ku xputus2 berbunyi menandakan mesej2 semakin memenuhi inbox.isinya sama.selamat hari lahir,selamat ulangtahun,happy bufday,dsbgnya.nadiah paling awal sebab die tido seblah katil ak je.jam menunjukkan kul 2 pg,ak masih xdpt lelapkan mata ber'sms' ng ma..xpenah ak berjauhan ng ma seumur hidup ak time2 hari bahagia ni.menangis ak mlm tuh=.=" huhu..lebih menyedihkan ma ayh xdpt hadir utk majlis DOAKAN ANAKMU esok hari.xpelah..

20 JUN 2009

Selamat pagi hari yang indah. Bermula Qiyam. Aku tak dapat bersama teman-teman kerana sebab tertentu. Terasa sayu dengan keadaan mushalla yang suram itu memuhasabah diri, menempelak ketaksuban terhadap duniawi, dan menginsafi kekerdilan diri. Lebih terkesan dengan melihat seorang akhi, sedikit sebanyak walaupun tak dapat mengikuti Qiyam aku terasa terlalu kerdil dibandingkan dengan fasi-fasi di sana. Demi Matahari dan Jalinan berkumandang selepas kuliyyah subuh pagi itu. Usai aktiviti pagi, kami bersarapan dan bermula aktiviti luar iaitu explorace, aktiviti kegemaran Ustazah Anida. Aktiviti ini sedikit sebanyak mengembalikan memori 'Kawwin Jumlah Mufidah'ku di Tingkatan 3 serta hafazan Al-Ma'thurat di setiap checkpoint. Masa terlalu singkat buat mukhayyam kali ini. Selesai saja explorace kami diminta mengemas barang serta berpakaian rasmi untuk majlis penutup yang bakal dihadiri oleh Pengetua SMKSI, Pn Hajah Basinah binti Hj Taib, Dr Azizan Ahmad, dan Ustazah Anida sendiri serta ibu bapa peserta yang hadir khusus untuk program DOAKAN ANAKMU.


-ak meninjau2kan kepala ak kot2 ma buat surprise ke an bufday2 ak nih..huhu xde pon..skali lg ak menangis..slalu bila tiba hari bhgia ni msti ma 1st person wish, open my room's door on midnight n kiss n hug me, n singing bufday song..even there's no material present, kiss,hug n wish are enough to make me cry happily..but this time, no kiss n hug on midnight, no bufday song..huhu..sms from far..haih..

PULANG.

-naik bas dari Kem Nur Sg Merab menuju skolah..sepanjang dlm bas ak asek dok ber'jalinan' je ng senior KAA..puas ber'jalinan' ak tertidur smpai la di skolah tggu ma ayh dtg amek..di kejauhan,sebuah proton saga baru hitam metallic semakin mendekat..yea!!!ma ayh!!opened the door and.....'happy bufday to you 2, happy bufday to ika..happy bufday to you.."ma ayh angah...in the car..again i cant control my tears..huhu..ma hadiahkan baju muslimah warna feveret ak..=)purple.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...