Instagram

Monday, July 20, 2009

Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Peringkat Negeri Selangor


Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Malaysia Peringkat Negeri Selangor
Kem Idaman Nurani, Hulu Langat.
2 - 4 Julai 2009
AlBadru Training



2 Julai 2009

Bertolak dari sekolah sekitar 3 petang. Bertempat di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat. Kami dihantar oleh PPIM sekolah seramai cuma 5 orang. Nurzalikha, Siti Qadariah, Siti Murnirah, Nurhidayah dan Aina Suhaila. Menaiki kereta Ustazah Shamsiah serta suami, kami tiba di KIN sekitar 5 petang kerana tersesat. Setelah mendaftar kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan mengikut daerah masing. Sebanyak 16 kumpulan dibentuk memandangkan bilangan peserta seramai kurang 400 orang. Terdiri dari daerah-daerah sekitar Selangor, daerah Hulu Langat serta Klang merupakan daerah paling ramai pesertanya. Daerah Klang menghantar 5 bahagian dan daerah Hulu Langat terdiri dari 2 bahagian.

Sesi bertaaruf dimulai sekitar 6 petang. Kami diperkenalkan kepada Pengelola atau Pengasas Kem Idaman Nurani merangkap Pengarah AlBadru Training, Tuan Mahadzir. Juga diperkenalkan kepada kami iaitu Kem Komanden, Tuan Nizam, barisan urusetia, Tuan Khalied, Tuan Nuari, Tuan Faiz, Tuan Zul dan Tuan Ridzuan, serta barisan fasilitator yang terdiri daripada penuntut-penuntut MasterSkill dan beberapa guru pelatih. Selesai taaruf kami diberi taklimat oleh Kem Komanden tentang pengisian program selama 3 hari 2 malam kami di sini, serta penginapan dan urusan LDK.

Sebelah malam pula kami didedahkan tentang muhasabah diri serta sesi motivasi oleh Tuan Mahadzir. Sesi ini merupakan sesi terbaik sepanjang program, kami ditunjukkan slaid-slaid berkenaan peperangan di Gaza, Palestin dan beberapa klip-klip berkaitan keagamaan. Selain itu, kami turut diberi sedetik waktu buat menginsafi segala keburukan diri, dalam suasana yang suram itu sedikit sebanyak hati ini turut hiba mengenangkan segala dosa. Dalam masa yang sama, kami bersyukur kerana diberi pendedahan sebegini.

Setelah itu kami diberi tugasan bagi Majlis Malam Serikandi Islam yang akan diadakan pada malam esok.

Kami dilepaskan ke khemah masing-masing sekitar jam 2 pagi.


3 Julai 2009

Pagi itu kami melakukan qiamullail. Pagi yang hening dan suram begitu terkesan saat Imam membacakan surah Al-Fatihah ketika solat Taubat ditunaikan. Sekali lagi hati ini terlalu bersyukur atas segala kurniaanNya.

Setelah bersarapan, kami diarahkan beratur di luar gerbang KIN. Aktiviti seterusnya merupakan aktiviti yang paling baik untuk menghayati keindahan alam. Jungle-Trekking. Bermula jam 9 pagi, peserta sekolah menengah dilepaskan kemudian setelah semua peserta sekolah rendah dilepaskan. Perjalanan sepanjang berada di dalam hutan sangat mengasyikkan. Sepanjang jalan kami bertemu dengan beberapa warga orang asli yang sibuk membawa bakul berisi buah durian. [saat ini imanku sedikit tergugat saat melihat buah durian!!] Sampai di kawasan air terjun, kami diberi masa kurang lebih 1 jam untuk berehat dan bermandi-manda sebelum meneruskan perjalanan untuk pulang ke kem. Pastinya peserta-peserta sekolah rendahlah yang paling asyik sekali bermain air. [sampaikan ada yang dah terbuka tudungnya. Almaklumlah kanak-kanak..] Sebahagian peserta-peserta sekolah menengah yang tiba agak lewat hanya mampu melihat kegirangan peserta lain bermain air memandangkan kawasan air terjun yang sudah sesak dengan peserta-peserta lain. Namun, mereka diberi peluang untuk merehatkan diri di bahagian hujung sedikit tetapi masih dalam pengawasan pihak urusetia Jungle Trekking iaitu Tuan Ridzuan.

Pulang dari kawasan air terjun, setelah sampai di kem kami diberi masa bersiap diri untuk menunaikan solat Zuhur, makan dan memakai pakaian yang sama ketika melakukan aktiviti jungle trekking kerana kami akan melakukan aktiviti seterusnya yang lebih mencabar iaitu Obstacles. Usai solat dan berkemas diri, kami di arah berkumpul untuk mendengar taklimat. Setelah itu kami dibawa oleh fasi kumpulan masing-masing ke tempat-tempat Obstacles yang ditentukan.

Cabaran pertama ialah melalui bawah dawai yang dipenuhi lumpur tanah merah dan disiram dengan air lumpur juga oleh fasi bertugas. Fasi kumpulan pula 'diwajibkan' melumur masker lumpur ke muka peserta-pesertanya. [mase nih ak xpakai spec so redah je lumpur tuh dgn mate rabun dan redha je bile muka ak kne lumur ng lumpur, paling tak tahan, tah bape banyak lumpur masuk mulut aku..memang enak]

Cabaran kedua pula, menuruni tebing yang sempit dan direka khas untuk menyusahkan para peserta. Dipenuhi selut tambahan pula embun semalam semakin menyekat keupayaan peserta untuk menuruninya. Mujur disediakan tali sepanjang menuruni tebing tinggi tersebut. [tp aku tak guna tali pon..haha..aku pijak bhgian dalam setiap tebing tuh. so kurang la risiko aku untuk jatuh meski pon selut di sana sini.]

Cabaran ketiga pula merupakan cabaran kegemaran aku. Memanjat tembok setinggi lebih kurang 1 meter setengah. Sebelum memanjat tembok, kami diarah untuk 'menyucikan seluruh tubuh' dengan air selut yang mengalir di sebelah tembok yang dibina. Maka semakin mencabarlah cabaran kali ini. Dimulakan dengan team leader DHL 2 iaitu sahabatku Siti Qadariah, seterusnya giliranku memanjat tembok tersebut. Mujur dengan mudah aku melepasinya dan bertindak sebagai 'pengarah' di sebelah belakang tembok. Selesai semua peserta dari DHL 2, kami dibawa ke cabaran keempat.

Cabaran keempat, semakin kurang mencabar. Kami diarah memijak beberapa tembok kecil berukuran sekitar 20cmX20cm sebanyak 15 tembok semuanya. Sebelum menuruni tembok tersebut seorang demi seorang, kami dikehendaki beraksi seperti orang yang kelegaan setelah menunaikan hajatnya. [haish..ape punye aksi..] Setelah itu, kami secara sukarela dan penuh semangat melaungkan 'tepuk DHL 2' serta tepuk semangat.

Cabaran kelima. Cabaran ini bertujuan untuk membersihkan diri yang dipenuhi lumpur, selut yang menyebabkan 'ketegangan' di muka setelah dipakai Kami diarah untuk menyelam di bawah jaring sepanjang lebih kurang 1 meter. Beberapa peserta dari daerah lain gagal menghabiskan cabaran ini kerana tidak pandai berenang, takut hendak menyelam, dan tiada keyakinan. Alhamdulillah ahli kumpulan kami DHL 2 berjaya menamatkan kesemua cabaran-cabaran yang ada. 'masker'.[walaupun kasutku terkubur di cabaran terakhir..bila aku pijak selut tuh kasut aku tertinggal lak dlm tuh...korek punye korek xde gak akhirnya talkin ku bacakan dlm ati buat sang kasut..haish..da la 1 kasut je ak ada..haha..lebih memalukan, aku dgn Over reaction nya masih menyelam walaupun penamat jaringnya sudah lama kulepasi..]


Usai kesemua cabaran kami dibawa ke sungai yang dikelilingi batuan besar yang cantik, terletak di dalam tapak kem, tujuannya untuk bermandi-manda dan membersihkan diri sebelum mandi dan berkemas untuk solat Asar. Usai solat Asar, kami berkumpul di dewan makan dan setelah makan kami berbincang tentang tugas untuk Malam Serikandi Islam pada esok malam. Memandangkan daerah Hulu Langat terbahagi kepada 2 bahagian, maka kami digabungkan. Separuh dari peserta sekolah rendah dan separuh peserta sekolah menengah diberi tugasan untuk Malam Serikandi Islam manakala selebihnya menyertai pertandingan kawad kaki untuk Perhimpunan PPIM pada esok pagi.

DHL MSI mendapat tugasan untuk membuat persembahan koir. Malam itu kami bersungguh-sungguh mempersembah hasil latihan kami kepada para urusetia dan peserta lain. Sebelum tidur, seperti biasa kami diberi motivasi oleh Tuan Mahadzir. Dan seperti biasa juga suasana dewan sengaja disuramkan dengan paparan klip-klip video tertentu bertujuan memuhasabah diri. Slot kali ini lebih menjurus kepada riwayat hidup Junjungan Besar Rasulullah SAW. Bertajuk Tribute to Rasulullah SAW, sekali lagi air mataku tumpah mengenangkan betapa aku terlalu kecil dibandingkan dengan umat terdahulu yang bermatian mempertahankan maruah Islam. Slot diakhiri dengan sujud syukur dan Selawat.

Tidur pada jam 3 pagi.


4 Julai 2009

Pagi itu aktiviti dimulakan dengan perhimpunan pagi. Setelah itu pertandingan kawad diadakan. Dihakimi oleh seorang pegawai polis, DHL mendahului peserta daerah lain membuat persembahan. Alhamdulillah kami telah melakukannya dengan baik. Setelah makan tengahari, kami berkumpul di dewan kerana Majlis Penutup diadakan. Dihadiri oleh barisan VIP iaitu Pn Jenifer merangkap Pengerusi PPIM Selangor, serta barisan AJK Tertinggi PPIM Selangor, majlis dimulakan dengan lagu kebangsaan dan lagu Puteri.

Beberapa hadiah disediakan untuk daerah-daerah. DHL mendapat anugerah DAERAH PALING BERKOMITMEN. Syukur dengan anugerah itu, kami merakamkan detik-detik manis bersama fasi kami, Kak Ain dan Kak Aini[DHL 1]

1 petang - bertolak balik ke sekolah.



>>>kesian aku tengok budak2 skolah rendah..badan kecik2 je dah pndai masuk hutan, panjat tembok la bagai....haish..kalu si kenit intan tuh pegi, ah...belom smpai kem lagi dah meraung nk balik..haha...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...