Instagram

Wednesday, July 22, 2009

Proses Menghapuskan Dosa-dosa Kecil

Sabtu, 18 Julai 2009

Pepagian aku bangun dari tidur, lengkap berbaju sukan bagai. Berkasut sekolahku yg kaler hitam, berbekalkan beg sekolah polo berkaler biru hitam berisi tuala dan henpon, aku lepak di luar menanti ketibaan Husna yg berjanji menjemputku untuk ke tournament badminton di Twins Sports Badminton Training Centre kat Taman Jasmin. Sedang menunggu dengan mata sangap nak tidur, aku terdengar honk-honk-honk bunyi kereta si Husna...punya abah. Laluku kasi salam assalamualaikum dan aku naik.

Sebenarnya, pada dasarnya aku memang tak terlibat samada secara langsung atau tidak langsung, secara detail, aku memang tak ada kaitan langsung dengan tournament ni. Tapi petang semalam si Husna minta aku ganti tempat dia sebab dia malas nak main. Dia masuk kategori regu lak tu. Aku dah la bala sikit main regu-regu ni. Nak kasi single boleh naik lagi. Regu ni lemah sikit. Main punya pasal tanpa memikirkan masa depan aku terus setuju.

Bermulalah game, aku dan pasangan regu aku si diva divana ANISAH ABDUL SHAMAD lawan budak form 4, AIN n AMAL. Mula game kitorang mendahului. Pastu seri. Pastu aku nampak muka dorang berseri. Oh..patutla. Dorang dah menang first set. Cis!

Second set, dengan gaya Lee Chong Wei aku mulakan serve, dibantai oleh lawanku Ain, si diva membalas dengan pukulan tinggi, amal melakukan smash, yea aku membalas dengan pukulan tinggi dan akhirnya...OUT! =.="

Peluh mencurah-curah ke ladang gandum, muka dorang agak ketat je sebab aku ngan si nisah gelak-gelak sejak first set sebab corak permainan kitorang macam kampung[haha nadiah]. Akirnya kitorang tewas 21-18.

Penat.Balik.


Ahad, 19 Julai 2009.

Bahagian kanan badan aku tak boleh gerak bangun pagi tu. Ma ngan ayah tak ada jadi aku ngan angah tidur bilik ma ayah[atas kebenaran mereka]. Setelah bangun, aku macam bese ar pegi mandi. Sejuk tak payah story, gigil. Rahang aku sampai senget punya tahan tak tahan sejuk. Tetiba sedang aku tengah duduk-duduk merenung masa depan, sesuatu keluar dari hidungku. uh..cecair. Ku tarik nafas dalam2, selsema. Aku pergi dapur dan buat sesuatu. Pulang dari dapur aku tengok tv jap. Cter kartun la apa lagi. Mana ada citer Aqso Madinah pepagian ni. Punya klaka aku tengok Si Tom kejar Si Jerry, aku gelak guling-guling. Lepas gelak aku minum sebab penat. Dah abis cter Tom n Jerry, muncul lak Spongebob. Haish, lagi la aku tah leh renggang ngan tv, sambung tengok. Gelak lagi. Ya, seorang diri. Takpe saya tak gila.

Tengahari tu aku rasa badan lain macam. Sakit-sakit satu badan, lenguh bukan main, tangan kanan rasa nak patah je. Laluku ambil keputusan untuk merempit ke makcik roti canai. Lapar rasanya, angah pun bersetuju. Akhirnya, adik merempit ke kedai bawah beli roti gardenia[menyimpangnya kenyataan ini]Tangan aku sengal terlalu, aku suruh adik je pegi. Sudah...balik dibawaknya roti gardenia. haih..makanlah aku si gardenia cicah milo. Sudahnya aku juga yg sakit perut guling-guling. Aku bukan layan sangat roti cicah milo ni. Lagi-lagi pepagian camni ha.

Petang, aku dah tak rela nak tanggung rasa lenguh. Aku bantai tidur.


Isnin, 20 Julai 2009.

Ma ayh balik hari ini. Tapi dorang bertolak dari kelantan dlm kul 10 lbh kot. Aku dah terbaring je. Angah buat bubur. Abg teh beli panadol. Aku makan sebiji aku baring lagi. Tah ape kene meroyan abgteh concerned giler pegi beli mende alah sejuk yg tampal kat dahi tu. Lupe lak ape name die. Ala..yg ade gel biru tuh, yg kat dlm iklan tu. Aku tengah layan ubat yg ngantuk tu ttbe die letak kat dahi aku. Dia pegi dapur aku jerit ar,'Teh, asal mende alah ni xlekat?'Angah dengan gelak tawa suka ria suka hati nya berkata,'teh, ko tak tanggalkan plastik lekap die ke?'dengan muka malu meroyan bgteh suruh aku sendiri tanggalkan. Haish.

Petang, ma ayh balik. Bawak sgt byk durian. Aku bangun sbb bau durian tu ha. Dengan melupakan kepala aku yg berat dan bhgian kanan badanku yg sengal, aku menuju ke dapur mencari durian. Dah nmpk durian aku carik ayah, nmpk ma aku peluk cium, aku masih mencari ayh.[untuk mengopek durian!]dah jmpe ayh aku peluk cium dah menghulurkan parang.

Dan makan durian.


Selasa,21 Julai 2009.

Aku makin tak larat. Ma masak bubur lagi. Lagi sedap dari angah punya. [haha]. Sesudah makan aku tidur. Panadol ma kasi aku sorok bawah bantal. Panadol ape tah rasa tak boleh tahan. Malam ayah bawak aku pegi klinik family aku[bajet]. Mane pulak, Dr Chandran tu da kenal sgt dah ng kitorang. Siap special list lagi nama family aku dlm record dia. Sekali masuk Dr lain lak. Terus hilang demam aku.

Selesai check, pegi amek ubat kat kaunter. Sorang akk nurse nih dulu satu skolah agama ngan aku. Dia tua 3 tahun kot. Muka sikit punya comel, sebijik mcm Marshanda. Sekali dia kasi ubat sikit punya banyak, muka cuak aku yang sedia ada sejak masuk tadi bertukar menjadi kecuakan melampau. Siap ada ubat hisap lagi ha utk sore throat. Eee, bau dah tak leh terima, apa lagi nak hisap.


Rabu, 22 Julai 2009.

Pagi. Aku masih bercuti. Tak tertahan rasanya kaki ni nak melangkah ke sekolah memikirkan betapa banyak kelas aku skip. Rugi haih. Ni la dugaan namanya. Time2 sesak nak exam ni Allah kasi macam2 ujian kat aku. Moga dosa aku diampunkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...