Instagram

Sunday, July 12, 2009

SMK Convent's First Carnival.

11 Julai 2009

Aku dijemput sahabatku Affina Dalilahanny binti Malik untuk ke Karnival Pertama sekolahnya, SMK Convent, Kajang. Bertolak jam 11 pagi menaiki Myvi (ye ar..xkan naik kapal selam pulak).. Tiba di depan pintu pagar sekolah tersebut pada jam 11.23 pagi bersama dua adik kesayanganku. Di kejauhan aku ternampak kelibat Fin di celahan orang ramai. Fin membawa aku berjalan-jalan di sekitar sekolahnya.

Setelah makan aku terlihat kelibat seseorang yang amat ku kenal. Tak lain tak bukan si gelojoh sedunia, Feroza dan sahabatnya yang juga sahabatku[yg sentap sbb xdpt mkn nasik kenduri uma ak], Aminur Rahim namanya. Berbual seketika aku berjalan lagi. Terserempak pula dengan si sengal Syed Uzair Al-Asyraf, Megat Mohd Ikhwan, Shazril, Izzat Arif, Aizat Sham, dan sahabat-sahabat beliau. [haih,muke sume bosan ari2 jumpe=.=”]. Kuteruskan lagi perjalanan ke sekitar padang di mana terdapat seekor kuda dan dua ekor kuda jenis pony. Lepak sebentar di astaka, Fin mula meluahkan rasa sedihnya. [ tiada kesesuaian bercerita kerana menyentuh sensitivity kekeluargaan].

Perjalanan diteruskan, pelbagai aktiviti dijalankan, flying fox dan ghost house menjadi tumpuan. Keadaan sesak dengan orang ramai. Sedang berjalan, datang Nur Atikah Zakaria, sahabat sekolah rendahku yang paling sengal. Rindu terhadap zaman kanak-kanak terubat juga tatkala menemui sahabat-sahabatku yang lain, Izzati, Amalina Romli, Atikah, Azlan Shah, Feroza, Aidil Adha, dan beberapa orang lagi yang sudah kulupa nama mereka. Maaflah, peredaran masa sedikit sebanyak menyebabkan memori masa laluku agak pudar.

Setelah memberi kedua adik kesayanganku makan dan minum, kami menuju kembali ke hadapan astaka dan membayar kupon RM 5 untuk menunggang kuda. Intan, adik perempuanku menunggang kuda paling besar. Satu pusingan tamat, aku memangku adikku turun dari kuda tersebut. Kupeluk dia dan nyata, tangannya sejuk, ketakutan menunggang kuda buat pertama kali. Laluku membeli Mocha shake di gerai minuman dan beri pada Intan.


da smpai kat hujung2 jalan. suh die bertahan kat atas kuda tuh nk amek gmba punye psl.

senyuman terpaksa.haha.thnx to adik yg capture kuda besar nih.

she's totally scared.haha.


Setelah itu kami berjalan lagi sambil menceritakan kisah hidup masing-masing. Almaklumlah, sekian lama terpisah. Sedang berjalan setelah menghantar Atikah pulang ke pagar, Fin membuat tindakan refleksnya dengan, “hey Aidil, ika wanna say something to you!.” Aku tersentak, Fin!! Apa kau buat ni. Lalu ku menoleh dan,“Hai!” sambil membuat gaya ‘peace’. Dan terus memblahkan diri dari situ. Ya, dia Aidil Adha, pelajar paling nakal di sekolah rendah, merangkap lelaki pertama yang meluahkan perasaannya pada aku, juga lelaki pertama yang kene reject dengan aku. [haha..cter lame la..pe ar..seb baik ko da ade makwe aidil oi..klu x darah2 la telinga ko denga ak ceramah..hahaha!]

Sejurus itu, tiba masa aku pulang setelah lama berkelana di astaka. Abangku menelefon mengatakan dia sudah ada di hadapan sekolah, aku pergi ke arah Fin dan memeluknya. Pulang dari Convent…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...