Instagram

Thursday, August 13, 2009

AL FATIHAH BUATMU...

Jiran aku, Mak Teh. Anak perempuannya sedang mengandung sudah hampir 7 bulan. Kemain gembira lagi Mak Teh bakal dapat cucu sulung. Last aku jumpa anak perempuannya, Nur Fadhlina Abdul Razab (kak falin) 2 3 hari sebelum kenduri kahwin kak long. Maksudnya dah hampir 2 bulan aku tak jumpa dia. Waktu dia datang, aku hidangkan air kopi untuk dia sebab biasanya macam tu lah kan. Tapi hari tu dia kata, dia tak minum kopi, dia minum soya je. Tak mahu bakal baby nya gelap nanti.


BEBERAPA minggu lalu Mak Teh yang selalu bertandang ke rumah cerita pada ma pasal Kak Falin. Katanya, Kak Falin selalu meracau yang bukan2 masa tidur, demam panas tak surut sampailah satu hari pada 2 minggu lalu, Kak Falin kena tahan kat ward lepas tak sedarkan diri. Makin hari keadaan Kak Falin kian memburuk. Sejak tu, ma tiap2 hari temankan Mak Teh kat hospital. Tak pernah ma lekang ngan Mak Teh.

Kak Falin koma, paru-paru dia bernanah, berair. Kritikal.


Jumaat, 7 Ogos 2009
Kitorang dikejutkan dengan kematian baby dalam kandungan Kak Falin. Mak Teh sedih kemain. Beberapa hari lalu doktor pernah usulkan nak keluarkan baby Kak Falin tapi agak berisiko. Mak Teh beria kata tak nak. Biar Kak Falin selamat. Jadi berkuburlah baby Kak Falin dalam tummy ibunya. Ma makin kerap ke hospital. Mak Teh, Kak Noni, Pak cik Razab, Abg Rashid ngan Abg Ijat pun sama, masing2 bersedih. Cucu pertama sudah pergi.


Sabtu, Kak Falin makin kritikal. Mak Teh pula makin lemah dengan berita2 dari doktor tiada yang positif.


Isnin,
Sekitar lepas Zuhur, Kak Falin dah stabil. Stabil yang boleh dikatakan memang ada harapan untuk teruskan hidup. Kak Falin dah sedar. Tapi masih lemah. Doktor ambil keputusan untuk keluarkan baby supaya keadaan tak jadi makin buruk. Lagipun, Kak Falin dah sedar. Doktor keluarkan baby, keluarga Mak Teh sedih sangat2. Abang Rashid, suami Kak Falin sempat rakamkan gambar baby. Sempurna. Kak Falin tengok baby dia. Comel. Selang beberapa minit, Kak Falin pun menghembuskan nafas terakhirnya, selepas Asar. Allah lebih menyayangi mereka.

Baby Kak Falin. Comel. Chubby. Sempurna. Putih. Lawa macam ibu dia. Bayi perempuan. Aku teringat kata Kak Falin,"tak nak lah kopi, tak mau baby gelap."

Aku teringat pembacaanku bertajuk "Penawar Bagi Mereka Yang Ditimpa Musibah" minggu lepas,

Dalam musnad Imam Ahmad dan sunan At-Tarmidzi, dari hadith Muhammad bin Lubeid, disebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
"Sesungguhnya apabila Allah mencintai sesuatu kaum itu, Allah akan menguji mereka. Orang yang redha akan mendapat pahala dengan keredhaannya, dan orang yang mengutuk akan mendapat dosa kutukannya."


Imam Ahmad juga mengatakan,
"Dan barangsiapa bersedih, dia akan menanggung kesedihannya."



Allah Maha Adil. Renungkan kembali rentetan peristiwa perginya kedua hamba Allah di atas. Si ibu diberi kesempatan menatap wajah bayi yang dikandungkannya selama 7 bulan. Biarpun si anak tidak lagi bernyawa. Aku pernah dengar dalam ceramah, saat melahirkan anak, ibu berhadapan dengan kematian, sakitnya tidak tertanggung. Tapi saat melihat wajah anak yang dilahirkan itu, serta merta sakitnya hilang. Dan yang ada cuma kebahagiaan melihat wajah anak yang dikandungkan, dijaga, selama 9 bulan 10 hari. Aku cuba tafsirkan ceramah yang aku dengar ni ke dalam peristiwa ni.

Kak Falin puas bergelut dengan nyawa sepanjang kehamilannya. Saat tiba ajalnya, Allah beri kenikmatan melihat wajah baby dia. Sebelum Allah cabut nyawa dia. Mungkin ada hal tersirat yang tiada siapa pun tahu. Yang pasti, Allah Maha Adil. Setiap yang berlaku, pasti ada asbabnya.

Al Fatihah buat Nur Fadhlina Abdul Razab dan bayinya, meninggal selepas Asar, Isnin, 10 Ogos 2009. Dikebumikan satu liang bersama bayinya di Tanah Perkuburan Orang Islam, Sg. Kantan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...