Instagram

Tuesday, August 25, 2009

Bunyi Gergaji

Malam ini entah kenapa Angah meroyan sangat rajin mengemas bilik. Segala macam almari lama nak dibuangnya,nak dialih, nak disusun. Kebetulan hari ini aku memang free. Tapi jangan mimpi aku nak rajin menolong. Hal ini adalah demikian kerana aku lebih suka mengemas masa orang tak ada di rumah. Mengapa? Tak ada la telinga aku ini menipis aja dengar komen sana-sini.

Lantas aku capai novel KOPI SUSU SEPATU BIRU pemberian Arina kubawa ke bilik sebelah. Air cond ku tingkatkan suhunya. Kulit nipis macam aku ni memang tak betah lepak dalam air cond sejuk lama-lama. Nanti mula la segala macam bendalir keluar dari hidung dan mata.

Beberapa jam kemudian, sekitar pukul 10 malam. Angah kedengaran sedang menggergaji sesuatu. Lantas dipanggilnya adiknya yang comel sorang ni,"Ika! Ika!" Mula-mula aku diam, konon-konon tak dengar. Bila Angah diam aku rasa lega tak payah tolong dia. *gelak ifrit* Lepas tu dengar lagi,

-Ika!Ika!! *bunyi pintu diketuk*
-Ye, masuk. *nada bos di ofis*
-Masuk kepala kau. Meh tolong angah gergaji almari ni.
-Ok. *sambil menyelak halaman novel seterusnya* *angah keluar*
-IKA!!!!!!! *lantas aku menutup novel dan buka pintu bilik sebelah*
-I'm coming! *angah terpacul di pintu dengan muka mafia mobster smbil pegang gergaji dengan kain perca ceruk mana entah diletak di kepala. oh ya,serta face mask.



"*bunyi gergaji*". Angah, punya lama Ika dengar gergaji tadi banyak ni je??" *sambil tunjuk 2 inci pun tak sampai pemotongannya*
"Ye la, susah."
"*sambungan bunyi gergaji*"


---------------20 minit berikut---------------


"DAH SIAP!!!YAHOOO!!!!" aku jerit tanda puas.
Terus aku ke bilik sebelah sambung baca novel.

Tamat.



MOTS : kerja sikit punya mudah jangan ambil susah. gergaji mende alah kayu tebal 1 cm bukan masalah. yang penting, hati ikhlas, mulut diam, niat nak wat keje lain mesti tinggi.haha..supaya cepat sket abis keje tu.

1 comment:

Wanniey Othman said...

pale hotokmu keje 2 inci!!! seploh inci tau aku wat.. n sangat la ko wat keje mulut diam.. sampai cair taik tinge aku dengo ko mekak. siap ckp "kene jerit skali baru leh wat ngan pantas" - n siap bygkan musuh ko.. sape ekh yg ko cantas ituuu??? :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...