Instagram

Thursday, August 20, 2009

Haha..Aku Riang Sangat

Anda ingin tahu mengapa?
Kerana hari ini baru aku sedar betapa dunia ini banyak keistimewaan.
Bukan.
Maksud aku, isinya.

Ya, isinya.

Penghuninya.



Ada yang mencintai. Namun, ditolak atas alasan itu. Lantas pergi tanpa berpaling.

Ada yang dicintai. Tapi menolaknya. Lantas menanti sesuatu yang tidak pasti.
Ada yang tiada kena-mengena. Dengan tiba-tiba, dikhitbah tanpa diduga. Lantas menolak, aneh ya dunia.

Tiga hal yang saling berkaitan pada dasarnya padahal ia sebenarnya situasi yang amat berbeza.


Oh ya, mengapa pula aku mesti riang?

Tingkahnya.

Ya, perlakuannya.

Ramai yang kata,"Ika, be matured. Stop your childish attitude."

Even my mom.

Aku tersenyum melihat tingkahnya. Matang. Tapi, merendahkan hati hanya untuk seorang wanita.

Yang tak dikenali.

Yang tak diketahui latar belakangnya.

Apakah yang diinginkannya?

Siapa tahu?
Perkara yang paling tak disangka telah berlaku.

Ia kukagumi. Dulu. Kini ku memandangnya dengan hanya rasa KOSONG.

Anehnya dunia dan isinya. Ya, juga penghuninya.

Penghuninya yang mengejar tanpa matlamat.

Memburu tanpa arah.

Memanah tanpa busur.

Sungguh aneh.

Andai saja dunia ini adalah rancangan realiti, pasti ia berasa terkutuk.


Wallahua'lam...
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang diperbuat oleh hambaNya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...