Instagram

Friday, August 7, 2009

Kenali Diri Melalui ID Emel Anda

Entry ni aku dapat dari seorang rakan blogger aku. Untuk hilangkan kebosanan di tempat kerja, kesengalan otot setelah bersenam, kesenakan perut setelah makan dan sebagainya, jom lah baca entry ni. Tapi tak perlu la nak percaya bulat bujur panjang ti segi dan sebagainya ya. Mana yang kena tu kebetulan la kot.



Assalamualaikum..

Kali ni nak share info yang mungkin ada sikit kebetulannya..baca boleh percaya belum tentu..

Rahsia Keperibadian Di Sebalik username E-mel Seseorang

Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya,
contohnya azraishazeli@ yahoo.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Ady Syam Mohd Said Dia menggunakan alamat emelnya sebagai adysyam@yahoo. com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
Contoh: adysyam2001@ yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
Hehheh... ramai yg suka buat email begini..Contohnya tuntul_comel@ yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.


Nombor Dan Abjad

Contoh: ijja1912@yahoo. com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..


Nama Samaran
Hehheh... ramai yg suka buat email begini..Contohnya tuntul_comel@ yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

p/s; agak2 korang ikafantasi tu cukup mengkhayalkan ke??

1 comment:

humbleServant said...

ekekekekke~
akak punya no 1
BERTANGGUNGJAWAB!!!
betulkah
ahaks

dah lama tak singgah blog kamu
makin indah
camaner nak buat banner yg kamu punya tuh
seronok tuh kalau ada",

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...