Instagram

Saturday, August 8, 2009

Majlis Untuk Si Kecil -Sofea Dalili binti Razzif-

**baru sampai rumah**

2.30 pm

Sampai di rumah Arina member sehidup sematiku. Sampai je aku cari batang hidung beliau walaupun aku yakin takkan menjumpainya.**baru aku ingat batang hidung dia kat bahagian dalam**. Setelah sampai aku menuju ke dapur buat kerja. Tak, itu cerita auta. Fakta, aku pergi jumpa makcik Shidah, maknye Arina. Bersalaman juga dengan kak ipar Arina, Anne Abdullah. Eh tak, itu auta. Fakta, kak Fizah. Aku datang bersama ma ngan ayah tercinta..er.....dan Intan si kenit. Bersalaman, aku pergi mengisi perut dulu. Ayah bantai borak rancak bagaikan konsert MCR bersama pakcik Aziz, bapaknye Arina. Mak pula berbual secara skema bersama makcik Shidah.


Gedebak gedebuk punya borak, aku ambil keputusan pergi tengok sang diraikan yakni SOFEA DALILI RAZZIF. **ngeeeehhhaaaaaaoooooooiiiiii**. Comel ar!!! Muka dia dah berubah tak macam masa awal-awal dia melihat dunia dulu. Dulu mata sepet juga ada. Tapi sekarang sofea dah bulat oh;)) Comel.

Setelah klik kluk ambil gambar dia, aku pun keluar sambung borak ngan Arina aka Mak Cu si Sofea. Ma pula nak pegi tengok Sofea sebelum pulang. Ma dapat call dari Mak Teh, jiran kesayanganku, mungkin berita tentang anaknya di hospital. Ma cenderung nak balik awal sebab nak pergi hospital.

Bermesra sebentar bersama Sofea, kitorang minta diri untuk pulang. Riak kecewa di wajah pakcik Aziz. Mungkin tak berkesempatan borak lama ngan kami. Pakcik Aziz memang best. Siap ajak datang lunch lagi ke rumah dia bila-bila masa sebab nak eratkan silaturrahim dengan keluarga aku.**kot-kot boleh karaoke ke en pakcik;)**

Sampai masa pulang. Bergambar dulu dengan member sehidup sematiku si Nor Arina Aziz.

2 comments:

Anonymous said...

wehy...ko salah spell nama abg aku la... razzif la...anywy, thanx citer abt my niece....:D

Liliyuli said...

comel si budak kecik itu..dalili

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...