Instagram

Sunday, August 30, 2009

Pecah Rekod Kesihatan Aku Buat Julung Kalinya

Ya, begitulah tajuk post kali ni. Jangan kata pecah, bersepai habis rekod kesihatan yang paling aku jaga selama ni. Sampai mak cik doc kat Poliklinik Sg Jelok tu kena tambah kad kolum untuk aku. Penuh padahal tak sampai setahun.

Bila patah balik ke masa lalu, memang kerap juga aku demam. Awal tahun aku demam panas, dalam bulan 3 aku demam lagi. Kali ni tak begitu teruk, cuma demam akibat terkena hujan. Bulan 5 sebelum test aku demam. Semasa Mid Term Exam aku demam teruk, pengsan kat sekolah, bantai tidur sepanjang exam. Memang patutlah result aku paling panjang kat dunia. Daripada A1, A2, B3, B4, C5, D8, G9, TH. Tak payah pilih dah. Semua aku dapat. TH tu paling tak boleh handle. Haih. Kemudian, dalam bulan 7 aku demam lagi. Seminggu aku tak datang, cikgu pun naik muak nak letak tanda '0' kat register. Haha. *bia aku tolong kan eh cekgu*

Dan kali ni, paling teruk. Bukan setakat demam, siap ada corak-corak lagi. Nak kata demam campak, aku tak rasa tercampak. Cacar?? Bape juta kali aku nak kena? Dah kena sekali cukup la. Moga sepanjang kesakitan ini terhapus dosa-dosa kecilku. Amiin.

Semalam aku pergi berubat dengan Ustaz Zul, kawan baik ayah. Bekas Imam di surau taman aku. Sekarang dia dah pindah ke Puncak Saujana. 12.45 am aku, mak, ayah dan ditemani Imam Aziz pergi ke rumah Ustaz Zul. Sebab?? Aku dah tak tahan sangat. Menangis2 malam tu. Haih..tumpah jua akhirnya air mata ini =__="

Siap berubat, aku pun balik. Moga Allah jauhkan aku dari penyakit berbahaya. AMiin.


Ubat sapu, kaler pink, sejuk, bau tak payah cerita memang longkang.



Ubat gatal, sangatsangatsangat pahit, kecik je tapi mampu membunuh aku!!



ubat domam, besar sangat dan pahit dua sangat!!


ubat kurangkan bengkak..sangat membengkakkan tekak aku je..pahit dia macam makan hempedu bumi



sakit mata hati jiwa tengok ubat2 ni


Kesakitan dan kegatalan yang kualami amatlah susah nak tahan. Haih.. Moga2 inilah kali pertama dan terakhir aku dapat penyakit ini.

lempang..itulah yg terukir di segenap inci tapak tanganku


tangan yg selalu cenderung nak lempang orang..gatal dia bukan main..


dos2 yg aku kene amek saban hari..boleh dikatakan saban bulan..setiap bulan demam ape cerita ika??mana pegi falsafah kesihatan kau??


ubat sapu bibir..ya..sesungguhnya bibir aku saat ini seperti tanah gersang di sarajevo.



2 comments:

MiZi said...

semoga saudari lekas lekas sembuh...

ikafantasi said...

syukran atas doa anda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...