Instagram

Saturday, August 1, 2009

Raptai Saujana Impian Charity Dinner

Setelah hampir sebulan sebelum tibanya Malam Amal Jalinan Mesra SMKSI, segala persiapan untuk majlis telah disempurnakan semalam [31 Julai 2009]. Kumpulan2 persembahan, grand opening, dikir puteri, mime, tarian melayu, fashion show, nyanyian, persembahan artis jemputan hinggalah kepada acara makan dan acara penutup, telah diadakan raptai penuh.

Aku dan Ma'a sampai sekolah lebih kurang jam 4 petang. Raptai penuh bermula jam 8 malam. Dari 4 petang hinggalah selepas solat asar, diadakan latihan bagi setiap persembahan. Setelah solat maghrib berjemaah di surau sekolah, peserta persembahan dikehendaki memakai kostum masing2. Aku ambil keputusan ajak makhluk2 wanita yg buat persembahan untuk bersiap di surau memandangkan bilik koQ digunakan oleh peserta tarian, fashion show dan nyanyian. Manakala bilik matematik pula digunakan untuk mekap.

Jurumekap dan guru telahpun bersetuju untuk me'mekap'kan muka peserta2 dikir. [aku tak boleh terima ini semua!!! No one could touch my face. Sesiapa yang berani sentuh muka aku, aku karate dia kerat 18] Dan antara yang menyetujui pemberontakan tersebut ialah Asma, Farane, Arin dan beberapa pengawas perempuan form 5 yg lain.

Mujur pada malam raptai wajah2 kami tak di'cerobohi' oleh pensil2 pelik, debu2 pelik dan benda merah yang letak kat mulut tu. [aku memang sungguh amat sangat elergik dengan mende2 pelik ni. Boleh mendatangkan jururawat2 yg bersatu padu di bahagian muka. Jangan mimpi sesiapa nak blasah muka aku dengan alat mekap dorang yang susah nak diterima muka itu]

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua, YDP PIBG, dan VIP. Kemudian bermula persembahan pembukaan iaitu dikir puteri dengan lagu Selamat Datang. [masa ni aku memang kebalaan, duk sebelah aqilah yang beria tuh mendatangkan sejuta kekesalan di lubuk hati. Dia nak menyanyi ikut lagu tapi cepat semacam, sudahnya aku yang duk sebelah dia ni jadi mangsa keadaan. Kesian kat aku. 2 3 kali Pn Rosma tegur. Si aqilah ni lak kira bukan main kuat. Kalau kira betul mungkin la membantu, ni kira pon tunggang langgang, maka semakin kucar kacir pergerakan aku. ]

Habis dikir puteri ada fashion show. Tah model dari ceruk benua mana dia letak aku pun tak pasti. Yang pasti tiada warga asing. Yang ada cuma pelajar SMKSI yang buat show. Dari pelajar yang low profile, tak dikenali ramai terus jadi top star kat sekolah. Student yang nerds, blur2 dan mangsa buli rakan sebaya pun sama naik top dia. Daripada student biasa2 terus bertukar jadi Jehan Miskin, Aisyah Sinclair, Memey Suhaiza pon tak nak kalah [selepas disolekkan] Muka kasanova je sume tuh~~~

Tamat raptai tepat jam 11 malam seperti yang dirancang. Tak boleh la citer lebih2. Kalau nak tambah pahala beramal, jemputlah datang ke SMK SAUJANA IMPIAN CHARITY DINNER, KM 22, Jalan Cheras, 43000 Kajang. Dekat je dengan Tesco Kajang.

Sesiapa yang teringin nak beli kerusi berharga RM 50 atau kerusi VIP [front sit] berharga RM 100 [untuk tujuan amal] boleh la beramai-ramai serbu SMKSI pada jam 4 petang esok untuk membeli kerusi. Malam Amal Jalinan Mesra SMKSI akan diadakan pada malam esok jam 8 malam dan dijangka tamat pada jam 11 malam dengan izin Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...