Instagram

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak.

Marhaban ya Ramadhan..!!



Ramadhan datang lagi. Setiap kali datangnya Ramadhan, hati aku mesti beria semacam.
Cepat-cepat pergi basuh telekung.
Beria betul nak ke surau solat terawih.



Sementara berjalan nak sampai ke surau, Ma selalu pesan,

"Biar setiap langkah yang kita lalui, setiap inci tanah yang kita pijak, diisi dengan rasa taubat, selalu berselawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah S.A.W, zikrullah sehingga sampai ke pintu surau."

Saat yang paling buat hati aku senang setiap tibanya Ramadhan ialah usai solat terawih kariah perempuan adakan Tadarus Al Quran. Lagi-lagi musim peperiksaan ni, kalau di rumah, sehelai sehari je. Tiba Ramadhan insyaAllah aku boleh khatam secara Bertadarus.


Kini ia datang lagi. Bulan rahmat bulan barakah. Semoga Ramadhan ini memberi sejuta keinsafan buat diriku dan yang senasib denganku serta umat Islam sekalian alam.

Raikanlah Ramadhanul Karim ini dengan rasa cinta untuk beribadah. Raikan ia sepertimana umat terdahulu meraikannya. Tiga bulan sebelum Ramadhan menjelma umat Islam zaman Anbiyaa' akan memohon kepada Allah SWT,

اللهم باركلنا في شعبان وبلغنا في رمضان


Meriahnya bulan Ramadhan saat itu. Andai kita dapat mengecapi manisnya Ramadhan pasti setiap tibanya shahrul karim ini akan disambut semeriah Lebaran.


SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA.

2 comments:

hanc said...

Salam~~
ini bukan kutukan dr hanc~~
heheh ini ucapan Dr hati~~

CAmat bRpose teman~~

seLusUr dUniA IndaH said...

seLamAT BERPUAsE,

LALALA :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...