Instagram

Tuesday, August 4, 2009

SMK SAUJANA IMPIAN CHARITY DINNER 2009

Malam Amal Jalinan Mesra SMK Saujana Impian
1 Ogos 2009
8 malam


Sejak jam 5 petang semua peserta persembahan, AJK bahagian, pihak urus setia, katering, dan guru pemantau sudah mula memenuhi kawasan sekolah untuk membuat persiapan terakhir sebelum majlis malam ini bermula.

Usai solat maghrib berjemaah di surau sekolah, semua peserta dibawa ke stesen masing-masing. Kumpulan dikir di Foyer D, kumpulan tarian di Bilik KoQ, kumpulan grand opening di kelas 4 Karisma, make-up dan fashion show di bilik Maths.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua, Puan Hajah Basinah binti Haji Taib disusuli pula dengan ucapan YDP PIBG, Encik Azlan serta wakil. Usai ucapan, bermulalah persembahan pembukaan iaitu Dikir Puteri dan Tarian Tradisional dengan muzik iringan Selamat Datang. Saat ini tetamu, para jemputan serta VIP sudah memenuhi ruang dataran sekolah yang diiasi kanopi serta khemah-khemah tetamu.

Setelah tamat persembahan pembukaan, grand opening pula mengambil tempat. Diketuai Si Joker serta anak buahnya sebagai mimes keluar dari belakang secara berselerak. Kebanyakan tetamu yang hadir memuji grand opening.

Setelah itu, acara diteruskan dengan persembahan celoteh Helmi Gimik selaku artis jemputan. Tidak kering gusi para tetamu dengan persembahan lawak spontan dari Helmi.
[punya seksa kemain nak tengok, at last aku meroyan kat foyer b sambil makan]

Acara selingan iaitu cabutan bertuah dimulakan. Tamat selingan, persembahan pertunjukan fesyen busana tradisional Malaysia diadakan. Dan sudah tentu para peraga didatangkan khas dari SMKSI sendiri. Terdiri daripada kalangan pelajar Tingkatan Dua, Tiga dan Lima.
[time ni aku takkan lepas peluang nak snap sana sini ngan model2 tuh..mula2 aku suh syed,model form 3,pastu si jehan miskin punye adik.muhd norhisyam,model sebaya aku.yg lain bz main snap2 ng peminat lain..oh ya.aku bukan peminat kpd mana2 model eh.aku peminat jehan miskin je]

Selesai bergambar aku ke 4 Karisma untuk meninjau-ninjau kumpulan mime dan grand opening. Sempat bergambar dengan Si Joker iaitu Syed Uzair Al-Asyraf Syed Reza iaitu teman sekelasku sendiri. Acara selingan dimulai. Selesai, akustik bermula. Nyanyian lagu 60-an oleh Saudara Farkhan dari Tingkatan 5 diiringi alunan gitar oleh kumpulan unplugged, Luqman Hakim, Lutfil Hadi, dan Megat Muhd Ikhwan.

Akustik II diadakan, nyanyian lagu Dan Sebenarnya dari Saudari Nurul Fatin Fareesya dari Tingkatan 5.

Seterusnya diadakan pula persembahan silap mata dari kaum India, diwakili oleh bapa salah seorang pengawas, Diana Jackson. Selesai silap mata, acara selingan buat kali terakhir.

Acara seterusnya ialah persembahan Dikir Barat. Tetamu yang hadir memenuhi bahagian hadapan pentas untuk mengambil gambar dan menonton persembahan dikir. Sambutan yang sangat menggalakkan. Suara awak-awak dan tukang karut memenuhi Saujana Impian. Persembahan diakhiri dengan tepukan gemuruh para tetamu.

Majlis diakhiri dengan unplugged dan ucapan terima kasih dan penghargaan dari pihak sekolah kepada tetamu, jemputan, VIP serta peserta yang menjayakan Malam Amal Jalinan Mesra SMKSI 2009



**gambar2 sepanjang majlis akan diupload di posting akan datang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...