Instagram

Tuesday, August 4, 2009

Tak Paham

sorry guys. gambar2 dinner aku post lepas2 ni la eh. modem wat hal lak. payah nau nak ngaplod nye.[arina ajar aku cakap camni..aku dah kate dah jangan ajar]


sebenarnya...Hari ni aku tak begitu ada hati nak buat sebarang aktiviti lasak seperti rock climbing, abselling, flying fox dan sebagainya. Hal ini adalah demikian kerana aku cuma ada mood nak buat karangan, rumusan, English essay, nota sejarah. Itu je. Alamak..! Semua dah siap. Jadi, apa aku kena buat sekarang? Blogging? [ika don't u realize u're splitting again!]

Tak. Sebenarnya aku tengah fikir tentang dunia maya yang aku sedang lalui sekarang ni ha.

Seorang rakan maya aku namanya **tut** sedang pergi. Er..avoiding me. [aku pandai speaking je]

Ada lagi. Seorang rakan maya aku bernama **tut** sedang kesedihan. Keseorangan tanpa keluarga di negara Timur Tengah sana. She's divorced. Still young, 29 y/o.

Ada lagi. Seorang rakan maya aku di laman sesawang Friendster. Lagi 5 hari nak terbang ke Mesir.

Ada lagi. Seorang rakan maya aku di laman sesawang MySpace. Namanya **tut**. Nama komersialnya Sameah Japri. Beliau? Suka ajak aku gosip.

Ada lagi. Seorang rakan maya aku bernama Maya Karin. Tak.Itu nama komersial dia. Nama betul dia **tut**. Dia sedang bahagia.

Habis tentang rakan maya.

Rumah. Aku tak tau kenapa sekarang aku lagi suka duduk rumah dari lepak kat sekolah sampai petang. Rasa hebat menerpa tatkala berjaya sampai rumah setelah tamat kelas pada pukul 2.20 pm.

Kalau dulu aku lagi suka lepak di perpustakaan sekolah yang ada penghawa dingin 17'C. Baca buku. Tidur. Buat homework. Tidur. Almaklumlah, ekon. Lepas asar baru balik. Kalau balik pun takde siapa di rumah. Ma pegi mengajar, adik-adik sekolah, angah dan ayah kerja, along duduk rumah dia la, alang kampus. Duduk sorang? BAHAYA. Kalau hujan camna? Kilat? oh tidak sama sekali. Aku rela beku kat dalam library daripada berhadapan dengan risiko penyakit jantung bila terpaksa menahan takut menghadapi kilat sorang2 kat rumah.

Sekarang. Habis kelas je aku terus call pakcik suruh ambil aku kat sekolah. Lepak kat rumah. Abang aku ada. Boleh lawan wrestling dengan beliau. Ma ada. Boleh pung pang pung pang layan cerita endon. [ma start ngaja kul 5]. Adik ada, boleh blasah kredit dia.

RUMAH.

BEST.

SEBENARNYA....
Hati aku kucar-kacir sekarang. Spec mata dah hancur. Yang baru tak ambil lagi. Aku jalan kat sekolah sampai langgar pasu. Kaki pun dah lebam. Turun tangga kena pegang palang. Kalau tak memang cenderung ke alam barzakh. Dah tak boleh ngeng ngeng merayap sana sini. Nak pergi koperasi kena jalan perlahan2 takut langgar orang ramai. Apa punya teruk rabun kau ni ika. haih. Tiang sederet dekat surau tu dah juta kali kena langgar dengan aku. Junior aku lambai 2 meter dekat pun aku buat muka tak berdosa. Asyik kena 'SOMBONG' dengan member. Senyuman pun dah kurang. Dalam kelas sangap sampai habis masa. Nak salin nota kena teleng-teleng kat Arina. Muka cikgu kat depan kelas pun ibarat bayang-bayang di alam maya. TEORI yang aku dapat daripada musibah yang menimpa; APABILA PENGLIHATANKU TERBATAS MAKA PENDENGARANKU JUGA TURUT TERBATAS.

Qarinah;
Dalam jarak 2 meter kawan aku panggil 'IKA IKA IKA!!!!!' Aku tak dengar sebab aku tak nampak dia dengan jelas.

Pakcik aku dah sampai depan pagar sekolah nak pick up aku tapi aku boleh soseh soseh layan gosip dengan member. Tak dengar hon punya pasal.

I NEED A NEW SPEC!!!

sesungguhnya hidup aku rasa terkurung tanpa spec.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...