Instagram

Saturday, August 29, 2009

Ujian di Bulan Ramadhan

Khamis, 27 Ogos 2009

Nadiah datang rumah aku untuk study bahasa arab. Pukul 1.30 dia balik.

Jumaat, 28 Ogos 2009
Nadiah datang bersama Mimi. Sebelum tu aku kemas2 rumah sikit2. Dorang janji nak datang pukul 9. Tepat pukul 11 rumah aku(rumah dorang baru pukul 9=___="), aku bukak karpet Pooh kat ruang tengah, kibas kibas dan kibas lalu kusapu segala harta rampasan perang yang berdebu. Siap.

Tengah2 study, Nadiah menegur,"asal kau asik sapu muka je dari tadi? dah merah dah muka kau..!" Aku berkata,"tak tahan ar..habuk td aku mengemas.."

BEBERAPA minit kemudian, aku pergi basuh muka dengan gaya bebas. Bibir aku yang pecah sejak awal puasa ku biarkan disimbahi air paip. Pedih tak payah cerita la buang waktu. Lepas lega sikit, aku sapu muka dengan tisu muka Premiere kotak hijau.

Zuhur.

Nadiah : Ika!!tengok muka kau ni. dah berbintat2 sini sana..! Ika : esok je la kau tipu aku. aku nak amik telekung kat atas jap.. Mimi : weh ika, sini kau..tengok cermin ni..Muka kau.. Ika : apa?? Nadiah : dah tak yah wat muka camtu, aku cakap xnak caya. Ika : ni aku ke????



Ma balik dari kelas menjahit manik x__x"
Ma kate ni mesti makan apa2 sahur tadi sampai tumbuh bintat gatal2 di sana sini. Tak ar. Haih, setelah diperiksa, Ma cakap, ni mesti pasal habuk ni. Elergik habuk. Dah tau pegi main karpet. Tak! Tak main pun.

Menjelang petang ma masak nasi daging. Feveret aku tu. Makan pun tak selesa dan tak selesa. Bibir pedih, muka gatal, aku tengok tapak tangan pun dah merah sana sini.

Malam aku ponteng terawih, pegi klinik dgn ayah. Doc tu kata,"Nurzalikha ya?? Hm..kenapa kali ni??"
Soalan macam meminta pelempang panas dari aku. Tak tau kenapa pada malam itu Doc perempuan ni yg jaga. Aku lagi selesa dengan Doc Chantra. Doc prmpuan ni, baru2 ni aku demam, dia kata aku banyak makan durian, sebab tu badan panas. Esoknya aku tak bleh bangun. Dah la nak kasi MC punya payah.
Tujuan dia bertanya sebab tak sampai sebulan pun aku baru baik demam. Kini demam lagi. Demam yang pelik pulak.

Setelah menerangkan tentang bibirku, muka, tangan dan seluruh badan yang gatal2 dan bengkak, dia pun tanya, "U ada elergi x? I mean kalau u makan apa2 ke u mudah gatal2."
Aku : ada, tadi I sapu2 rumah, right after that yg I perasan muka I gatal2. I x elergik makanan kecuali udang dan blackpepper.
Doc : That's it. U mesti lupa cuci tangan atau cuci tak pakai sabun then u lap2 muka u. Sebenarnya u elergik dengan habuk so lepas ni kalau boleh kurangkan mengemas lah ye. NAnti boleh melarat. I tengok suhu badan u pun tinggi. I akan bagi ubat sapu bibir u yang bengkak ni, and lotion untuk sapu pada badan u. Ubat demam, ubat tahan gatal dan ubat kurangkan bengkak2.
Ika : thnx doc.

Amik ubat, aku dah mula rasa gusar tengok nurse tu rancak memilih ubat ikut resit doc. Cis,macam banyak je.
Oh, 3 jenis ubat makan dan 2 ubat sapu. Ubat demam besar sgt diameter die. AKu tak rela. Ubat gatal kecik dan berwarna kuning. Apatah lagi! Ubat kurang bengkak. Sangat membengkakkan hatiku. Huhu...


dan pagi tadi...

aku tak tahan menanggung sakit kepala yang teramat sangat sampai aku menangis2 pagi tadi kayak anak kecil..

Bangun tidur lepas subuh tadi suhu badanku cenderung naik mendadak. Sampai ma risau2..Siap suruh berbuka lagi nak makan ubat punya pasal. No no no. Aku rela puasa je. Tekak pun luka, nak telan pun seksa. Hm...

and now,aku baru lepas mandi. Dah oke? Tidak. Masih tinggi suhu.



Aku berlindung dengan nama Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Lindungilah aku dan keluargaku dari musibah, bencana dan bala serta wabak penyakit. Peliharalah aku dan keluargaku serta saudara maraku dari sebarang kejahatan dan kesakitan. Ampunilah dosa kami dan berilah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi segala dugaan dalam bulan yang mulia ini. Ya Rabbi, Kau titipkanlah rasa kasih di hati kami agar kami bisa memaafkan mereka yang menyakiti kami. Ya Allah, kabulkanlah doa kami. Amiin.
mungkin aku ada terlepas pandang terhadap beberapa perkara menyebabkan Allah menurunkan sedikit peringatan.
ampuni aku Ya Allah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...