Instagram

Tuesday, September 1, 2009

TRIAL : Bahasa Arab Tinggi

7.50 am.

Peperiksaan bermula. BAT kertas 2. Seperti saranan ustazah Anida kesayanganku, dapat je kertas soalan terus baca sekali lalu, pilih soalan untuk karangan dan buat soalan 2 dan 3 dulu. Lalu dengan tenang **padahal hati dup-dap-dup-dap**, aku meneruskan perjuangan baca soalan pemahaman. Dengan kefahaman yang sedia ada aku pun mula menjawab. Tanganku yang masih bengkak ni agak merumitkan penulisanku. Kejap-kejap pen jatuh sampai kene 'shhh' dgn budak lain. Tak apa, adatlah kan orang sakit.

Minit ke 40, aku dah siapkan Soalan 2 dan 3. Pastu, aku bergegas menuju ke soalan 1 yakni karangan. Setelah memilih tajuk, Al-Quran, aku pun mula menyusun isi. Siap isi, aku mula la mengayat penuh yakin. Sekejap-sekejap ada la terkandas kat 2 3 ayat. Cecepat aku cover dengan skill tersendiri. Nah, dua muka surat terhasil. Aku baca 2 3 4 5 kali lalu. Cecepat aku betulkan dhamir yang tak kena tempat. Puas.

Aku mula menyemak soalan lain. Heee ;) Soalan bahagian Isti'arah aku terkandas. Hilang langsung dari kotak ingatan. Seingat aku Isti'arah ada dua bahagian, tapi aku tak pasti mana satu. At last, aku bantai dengan penuh yakin. **ko membantai pun masih yakin lagi kan ika**

10.10 am

Tamat masa menjawab. Aku hantar dan terus lupakan pasal ia lagi. Lantas aku menuju ke dewan bersama rakan-rakan seperjuangan untuk susun meja. Peperiksaan BAT kertas 1 akan dibuat di dewan. Niat nak ke perpustakaan sebab dewan masih belum tersusun. Tetiba dengan sayunya aku pun duduk merempat kat depan pintu CL sebelah library. **perghh..mentang2 pose masing2 meroyan nak aircond kat library..penuh**

11.10 am

Kertas 1 BAT diedarkan. Selepas membaca mantera semerah padi puh kanan puh kiri, aku pun mula memasang kasut balet pada mata pen untuk ditarikan. Lalu penaku menari-nari menghiasi ruang jawapan. Selesai bahagian Mufradat. Beralih ke bahagian Nahu, sangkut jap. Alih ke Balaghah, selesai. Sharaf, selesai. Patah balik ke Nahu. Lalu ku letak kepala atas meja dengan skill Bruce Willis dan aku menidurkan diri sebentar. Cuaca yang sejuk mendorong aku ke alam fantasi. Tetiba ada mende ketuk meja aku. Aku bangun dengan muka sangap dan terus capai pen. Perghh. Dapat ilham jawapan Nahu masa tidur tadi. Hahaha.

12.30
Dengan yakin dan konfidennya aku pun hantar kertas jawapan seraya berkata,"Alhamdulillah, dapat jawab."*dlm ati : yeah!!!lepas 1 bala!!*
Ili pakar arab tu keluar dewan lagi sangap, seraya berkata,"YES!!dah abis exam!"dia lupa trial ada sebulan.

Tamat.

3 comments:

Anonymous said...

oooo
bnyi cm bez..
lwak pun ade..
ak gelak skit hahahaha..

Anonymous said...

oooo
bnyi cm bez..
lwak pun ade..
ak gelak skit hahahaha..

ikafantasi said...

aha..elok la gelak skit2...
gelak manyak sgt pun xbleh jgak..
haha[gelak sket]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...