Instagram

Thursday, September 10, 2009

TRIAL : Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2

7.55 am.

Start exam agak lambat so aku pun menggunakan masa dengan hebat. Haha. Membaca isi-isi penting soalan past years tajuk-tajuk essay. Setelah minit ke 10 aku dah tak rela menghadap buku. Lalu, aku berteleku di meja aku yang kat depan sekali tu. Tengah-tengah lagi. Angkat kepala je nampak dinding, memang tak sesuai dengan dunia remaja aku yang berwarna-warni hari raya.

Puan Noy masuk dan mengedarkan kertas soalan beberapa ketika kemudian. Kertas 1 Bahasa Inggeris. Soalan Objektif, Structure, Summary Writing, Poems and Short Stories dan Novel The Pearl. Objektif, sangat bosan. Satu hal pulak nak kena bulat2 dan hitam2 kan. Selesai dalam beberapa kelip mata. Structure? Simple. Tinggal nak pindahkan jawapan je. Selesai ada la dalam 5 kelip mata. Summary, kepakaranku. Bab2 nak memendekkan ayat ni memang best. Haha. P n SS, Monsoon History and The Necklace. Agak mudah juga sebab aku dah revise semua tajuk P n SS. Novel, The Pearl. Alhamdulillah, apa yang aku baca tu la yang keluar. Rasa nak lompat jauh je tadi lepas tengok soalan valuable lesson keluar. Dengan pantas aku list down isi and start writing. Memang aku ni kalau dah start menulis jangan kata lupa diri, dunia alam semesta galaksi semua dilupakan. Sampai dua muka surat untuk Novel je.

Rehat.

Kertas 2 bermula pada 10.45 am. Cikgu ape tah masuk masa tu aku lupa. Pas edarkan kertas aku pun bacalah segala macam jampi semerah padi lantas start menjawab. Continuous Writing. Speech, share the tips on how to make the best time on trip. Aku gunakan sepenuhnya isi yang dia kasi dan menokok tambah isi lagi macam yang tice suruh. Aku memang pakar bab2 menokok tambah ni. Haha.

Beralih ke Directed Writing. Aku baca satu2 soalan yang dia kasik. Tak tau nak pilih yang mana. Nak buat solat istikharah agak mustahil pulak. Jadi, aku pilih soalan yang aku mahir je. Yakni sambung ayat yang soalan kasik. "I feel dizzy when I flashed back to......" Dapat idea aku terus sambung ayat ni sampailah terhasilnya sebuah short story sebanyak 4 muka surat. Ya, aku memang mudah lupa diri.

Siap. Loceng berbunyi. Dengan sabarnya aku hantar.

Balik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...