Instagram

Tuesday, September 8, 2009

TRIAL : Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2

yak!

7.30 am

Aku sampai sekolah tepat2 loceng munyik. Haha. Bese ar ngelat datang lambat bulan pepose ni. Sampai sekolah, nak letak beg kat foyer, tetiba aku dengar,

Ika!! Kau nak tau tak BM komsas masuk Jalan2 Raya Kotaku ngan Annyss Sophillea? Karangan aku tak tau la..(si ma'at,abe,nena bz2 bncg smbil membawa aku ke lembah soklan spot)

Cis,mana korang tau? Yakin je?? Aku bukan caya sangat ngan propaganda tanpa qarinah ni.(aku)

Betul, budak hi school dah exam. Dorang kasi tau budak tucen.(smbung mereka)

Oh, aku baca sume je ar. Dah abis aku nelaah baru korang kasik tau en. Haha. Xpe2. Yang tu senang sket. Rumusan je. Kot2 dia kuar soalan isi tersirat yg xmasuk akal. haih(aku)


Tamat sudah propaganda pagi itu. Sesampai di kelas aku mengeluarkan pad peperiksaan jenama sekolah. Haha. Time2 ni la nak tunjuk kasih sayang cinta kipas susah mati kat sekolah en. Setelah itu cikgu pun masuk dan mengedar dadah. Oh??tak tak..Mengedar kertas. First sekali kertas 2, Rumusan, Pemahaman, Antologi, Tatabahasa ngan Novel. Rumusan soalan boleh tahan. Pemahaman aku master. Haha. Antologi aku kantoi bab Prosa Klasik. Ade ke patut dia suruh aku bagi pendapat kalau aku jadi Laksamana Hang Tuah? Aih. Mencabar kewibawaan aku sebagai penulis dah ni. Nak jawab pe? Aku bantai dengan bangga,"saya akan bunuh si jebat derhaka."haha. Tatabahasa. Bab2 buat ayat kasik aku je. Tapi nak suruh bandingkan maksud tu bala sket. "Buat ayat untuk bezakan perkataan." BAJET ngan BEJAT. Bajet aku dapat. BEJAT??? Apa kejadahkah itu? Aku pun start ar kemahiran membantai aku. *lupa aku bntai apa*

Si Qada lagi best. "Ibu mencampurkan susu bejat dengan susu sejat itu."Ayat dah macam power. Check kamus, bejat tuh ialah rosak. HAHAHAHA!!!**tu je yg mampu buat**

Novel. Dorang spot tadi betul lak. Masuk kerjasama ngan unsur saspens. Nasib baik aku baca. Haha. Dengan khusyuk dan tawaduk aku pun mengarang ayat gramatis. Kasi terbeliak biji mata Pn Rohayah.

Rehat.

Kertas 1. Karangan berpandu. Tajuknya, kepentingan menabung. *haha..aku ni menebeng je pndai* Dia kasik 4 gambar yang TIDAK JELAS. Haha. Aku start mengarang. Bhgian ni aku memang tak suka. Karangan fakta. aih..lomah den. Siap bhgian A maka terhasillah 3 muka surat karangan fakta tentang kepentingan menabung.

Bahagian B. Karangan bebas. Haha. Lalu dengan gaya bebas aku mencipta cerpen berdasarkan peribahasa,"berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit sakit dahulu bersenang-senang kemudian." Macam biasa watak yang aku guna ialah Nur, iaitu aku sendiri*hahaha* dan Adam. Tah mamat mana yang menjadi mangsa cerpen aku kali ini.

Aku pun mula la mengarang sambil kepala kat atas meja. Sesekali pen aku ketuk pen kat meja. Dan biasalah, kena shhh ngan budak2 lain tuh ibarat makanan aku setiap kali exam. Haha. Ya, sangat bosan sebab aku duk depan sekali. Betul2 melekat kat dinding. Aih. Hilang pemandangan indah segala la. Beberapa ketika, aku shh shh si Ranicka sebelah aku,"Ran, kul bape?"sambil cover mlut pakai tudung. Haha. "11.50 la." HA??? Terkezut aku. Lagi sotongah jam laie. Klimaks cerpen aku tak sampai2 lagi ni. dah 2 helai kertas aku habiskan. Tak boleh jadi. Puas aku pikir peleraian dia. Duh.... Tu la. Terlebih2 pulak kelebihan aku kali ni. Melampau2. Akhirnya dapat jugak aku pikir peleraian terbaik. Nah. Terhasilnya 5 muka surat tepat jam 12.30. 5 minit lagi sebelum masa habis. Lalu dengan pantas aku baca bali 2 2 karangan sambil betulkan ejaan, liqud pape yg patut dan sebagainya. Tetiba Mr. V yang jaga kelas aku berkata,"barisan belakang pas kertas jawapan ke depan."

Yolah. Aku depan sekali so aku dengan bahaya menuju ke belakang nak ambil beg. Bersedia nak balik.

Esok. BI 1 dan 2. Essay!!! Aku tak tau tangan aku punye power bape limit dia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...