Instagram

Tuesday, September 29, 2009

TRIAL : Mathematics Paper 1 and 2

28/9/09

7.10 aku sesampai di sekolahku syurgaku. Aku menuju ke kantin. SALAH. Bukan makan, tapi lepak di meja persendirian *cewahcewah*. Bersama ain, suhaila dan beberapa rakan kelas science yang lain. Ya, aku sangat universal. Ngan makcik kantin pun aku layan gosip. Semua aku layan. Haha. *tersasar jauh dari topik*.

7.40am


Aku start gigil kepala batu bila langit mendung kelabu awan berarak pilu. Ya, nak hujan dah. Cikgu pun masuk mengedar kertas. Mathematics Paper 2. 2 jam setengah. Ya, memang lama. Berbekalkan doa aku pun mula menjawab. Alhamdulillah aku agak mudah dan bebas untuk menjawab. Sampai kat soalan 5 aku tersadung kejap, kuteruskan perjalanan ke soalan 6, jua tersungkur di pintu kecelaruan. Kuteruskan perjuangan ke soalan 7 kemudian 8...9..10. Pena terhenti mulut terkunci bulu roma tegak berdiri. Cis, sangkut jua. Lantas aku bulat2 kan nombor2 soalan yang aku sangkut. Dan meneruskan perjalanan ke soalan seterusnya yakni graph. Kegemaran aku ni. Lantas aku membelasah kertas graph dengan gaya yg cukup bebas.
Siap.
Ku berpatah kembali ke soalan2 yg penuh onak duri tadi yakni 5,6,10. Dengan ingatan superduper bebas tol, aku pejam mata cuba ingat balik camne nak selesaikan menda alah itu. Puas aku melalui alam urat saraf otakku, akhirnya ketemu dehhh. Biasalah soalan MATHEMATICAL REASONING. Paling aku 'master' seluruh alam. Tak pernah-pernah seumur hidup aku ambil exam math, topik ni aku dapat jawab. Memang tak pernah. Tak ada rezeki barangkali.

Tepat loceng bunyi, perut aku pun mula mengalunkan irama malaysia dan etnik kreatif. Sesekali kedengaran juga System of Down dan Arctic Monkeys.

Lantas kuhantar kertas jawapan dan menuju ke mat'am.

REHAT.

Mathematics Paper 1. 40 questions. 1 jam setengah. huh. Exam bermula pada jam 11.30am. Aku dengan langkah santai penuh kekenyangan menuju ke kelas. Masuk je aku lepak di tempat si nadiah konon2nya nak study sesama. KONONLAHKAN. Tapi kau buat ape ika?TIDO. Ya, aku tidur penuh nikmat kat tempat nadiah. Sampaila cikgu masuk nak edar kertas. Pening gila la kan kepala aku ni. Pegi bantai tido sape suruh. Setelah itu aku ke depan sekali mengambil tempatku semula kerana exam bakal bermula beberapa saat lagi.

Aku mula menjawab dengan lafaz basmalah dan doa. Setelah beberapa MINIT *maksudnya tak sampai sejam* aku dah selesai jawab. Lalu aku patah balik ke soalan pertama dan buat lagi sekali sebab aku pelik atas alasan apakah aku terlalu pantas menyiapkan ia. 2 3 kali ulang aku puas. Ya, lagi setengah jam. Zzzzzzzzzzz.......

Bunyi loceng menyedarkan aku dari lena yang panjang. Wah2 best ni. Hantar je aku terus menuju ke pintu lalu,"Hey, siapa yg keluar tu? I didn't say that u can go out. Tak bunyi loceng balik lagi kan. Masuk!"kata Puan Prema. Dengan muka tiang seri rumah limas aku masuklah kan. Malu punya pasal, aku pun keluar paling last lah lepas bunyi loceng balik.

DI HARI RAYA...TERINGAT DAKU KEPADA SI DIA....KAMPUNGKU INDAH NUN JAUH DI SANA....AYAH SERTA BONDAAAAAKUUUU......


-aku masih beraya-

2 comments:

mujahid azmi said...

hahaha..
topik reasoning tu kira senang ape..huhu

lain kali jgn tido2 time ade mse..kang otak jadi jammed..kejap tido..kejap bangun..huhu

ikafantasi said...

reasoning tu ika xpenah blaja
kitorang skip tjuk sbb ckgu kata tjuk tu sng
ckgu suh bc sdri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...