Instagram

Wednesday, September 16, 2009

TRIAL : Sejarah Kertas 1 dan Pendidikan Syariah Islamiah Kertas 2

Isnin, 14/9/09

7.40 am

Kertas Syariah dengan pantas diedarkan. Dengan lafaz basmalah dan doa aku pun mula menjawab. 6 soalan dan pilih 5. Aku jawab soalan 1,3,4,5 dan 6. Soalan 2 tentang Nasakh, ada 2 soalan dalam soalan 2 tu aku tak dapat jawab jadi aku tinggalkan. Selesai, aku teramatlah pening kepala sebab malam tadi tak tidur study punya pasal. Almaklumlah rajin. *sangatlah kau*..Lalu aku pun letak kepala atas meja dan mulakan perjalanan ke destinasi iaitu kampung halamanku di alam fantasi. Kejap-kejap terjaga, yalah mimpi indah belaka. Lantas kusambung tidur. Entah bila, aku bangun je tengok cikgu ada kat meja sebelah aku, yakni meja Ranicka. Dan ya, beliau pegang kertas jawapan. Haha. Aku dengan mamai sangap dan kuyunya memberi kertas jawapan aku kat Ranicka untuk diberi pada cikgu. Done!

Tetapi ada sesuatu yang pelik, Wan Ain, gelak tengok aku. Nak kata aku buat peta Bangladesh memang takde. Nak kata aku tidur sambil ngigau2 bercakap...xkanla kan... Lalu aku pun nak ke toilet sebab nak basuh muka sangap aku ni. Sebelum keluar si Abu Zharief aka Safee Sali panggil aku,"Ika, kau pegi Pluto ke tadi??hahahaha..!"lalu dia gelak macam iblis. *rupanya dialah setan terlepas tu...* Aku yang tak paham kejadah ni pun katalah,"A'ah.."sambil berlalu keluar ke toilet. Masuk toilet ada Wan Ain, Yana, Raz dan budak kelas aku yg lain. Keluar dari toilet dorang kata,"Kau tak sihat ke ika?Lena je kau tido.HAHAHA.."perghhh...lagi iblis dia gelak dari si Abu.

---cerita dipendekkan---

Rupanya, saat aku di alam fantasi, cikgu datang dan start kutip kertas. Sampai kat tempat aku cikgu cuba nak ambil kertas aku. Malangnya, kertas itu kujadikan bantal. haha. Siap Ranicka di sebelah kananku dan Nazirah di sebelah kiriku tolong kejut aku lagi. Tapi tak berhasil. Cikgu masih berusaha menarik kertas aku. Akhirnya, cikgu tewas. Dan cikgu membelai belakang aku. Konon sayang lebih la sebab aku penat. Haha. Betul pun. Cikgu memang sayang aku. Aku kan budak baik. Nasib baik je aku terjaga puas bermain di alam fantasi. Kalau tak memang tahun depan je la cikgu ambil kertas aku.


REHAT.


Sejarah kertas 1 diedarkan. Objektif. Aku malas nak cerita panjang2. Minit ke 37 aku siap dan mula menconteng bhgian belakang kertas soalan. Aku nekad tak nak tidur. Kang si Abu perli aku kata pegi Marikh pulak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...