Instagram

Wednesday, September 16, 2009

TRIAL : Sejarah Kertas 2 dan Pendidikan Syariah Islamiah Kertas 1

Jumaat, 11/9/09

7.40 am

Lepas assembly aku lumba lari ke kelas aku kat atas sekali. Ya, aku tak duduk dewan sebab penuh dan ikut elektif. *jimat dan senang kira* Dengan tergesa-gusar aku pun letak beg dan buka buku Sejarah. Aku memang tak biasa buka langkah silat dalam kelas, so aku buka buku dan start membaca. Aku dah study agak keras di beberapa Topik form 5, topik form 4 aku agak master. Jadi, aku baca sikit. Selesai menjelajah secara rambang mata pada buku nota aku yang kumal itu, aku pun simpan dengan cermat. Cikgu pun datang, mengedarkan kertas. Beg kulayangkan ke luar kelas, bersedia dengan test pad, dapat je kertas soalan aku terus tido. Eh x, tu taun lepas. Tahun ni, setiap paper yang aku dapat aku tulis nama, NURZALIKHA BINTI OTHMAN, no kp, 92062010xxxx, angka giliran, BD097A137 dan tarikh.

Aku mula menjawab struktur yang suatu masa dahulu aku amat Ph.D. Lantas kutinggalkan beberapa soalan yang tak best dan beralih ke Bahagian B yakni esei. Aku pun start pilih soalan. Wahwah, mencabarnya nak pilih, macam pilih baju raya masa shopping pun ada. Aku mula rambang mata. Control, kataku dalam lubuk hati yang paling dalam. Setelah itu aku pun start mengarang dan macam biasalah kan, penyakit lupa diri aku datang dengan pantas dan tuntas. Soalan no 6 aku clearly dapat jawab yang A sebab aku baru je baca. Soalan 7 entah mengapa aku rasa amat konfiden akan dapat full mark. Haha. Harapan. Soalan 8 aku agak sangkut dan buntu.

Lantas aku patah balik ke soalan struktur. Masa zaman kegemilangan aku dulu soalan struktur adalah free mark buat aku. Tapi kali ini alahai ma, susah pula dia. Lalu ku cuba kaedah teragung setelah melihat jam tak lama lagi habis masa. Kaedah itu ialah kaedah penghentaman dan pembantaian berkala. Siap je, masa pun habis. Yes!


REHAT.


11.15 am

Student yang ambil Pend. Islam semua dah mula sejak 10.45 am. Kami yang ambil Syariah ni meroyan di belakang kelas sambil belek2 soalan SPM tahun lepas. Dah nak mula, boleh je cikgu lupa ambil kertas soalan syariah kat bilik exam. haih... Lebih daripada 5 minit dari masa yang ditetapkan kami mula menjawab. Soalan objektif semuanya. Ya, bulat-bulat dan hitam-hitam. Entah mengapa tiada cara lain utk menjawab. Mengapa perlu hitam2kan? Memenatkan dan membazir pensil je kaler2 kat kertas nipis tu. Pegang sikit je dah konyok. *bewel amat.merungut je kau ika.* Lalu aku yang bertukar tempat, tidak lagi di depan sekali sebaliknya di belakang sekali dan di tepi pintu belakang, meneruskan perjuangan menghitamkan pape yg patut. Selesai, biasalah NURZALIKHA ni kalau soalan objektif dia memang pantas dan tuntas. Kerana dia memang tak rapit ngan soalan bulathitamkan ini. Dengan rasa bosan aku pandang Ma'a kat sebelah ku. Ewah2, awal pulak dia siap. Aku yang gelojoh nak balik ni pun simpan kertas soalan ngan bekas pensil dalam beg sebelah aku. Haha, duk belakang sekali dekat betul dgn beg.

Tetiba Ma'a tanya dalam bahasa bisu,"ika, senang ke susah?" ini ialah soalan yg paling aku tak suka dengar. Haha. Kenapa? Sebab aku tak pernah ada jawapan kepada soalan ini setiap kali exam kertas objektif. Jawapan kan dah ada pilih je la. Betul salah belakang kira. *tu la mslh kau ika* LAlu kujawab,"ada senang ada susah, senang tu soalan dia, susah tu nak hitamkan dia. Tangan lenguh."

Habis cerita.

Balik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...