Instagram

Friday, September 18, 2009

TRIAL : Tasawwur Islam Kertas 2

7.40 am

Aku sampai sekolah. Sewajarnya aku tak perlu datang hari ini sebab aku dah habis exam UNTUK MINGGU NI. Tapi disebabkan pengetua suruh habiskan exam untuk calon khas minggu ni juga maka aku datanglah dengan muka penuh kesangapan. Ya, Tasawwur Islam Kertas 2.

Mula-mula akal iblisku menerpa untuk datang lepas rehat je sebab paper start kul 10. Tapi disebabkan keberadaan cekgu azahar di sekolah itu membataskan perlanggaran disiplin aku. Maka aku datanglah pepagi itu menaiki myvi.

Kebetulan ada majlis khatam al-Quran pagi tu. Alhamdulillah dapat juga tenangkan hati aku yang gusar dan mengubat sedikit rasa mengantuk aku. *tak tido smlaman study punye pasal* Sebelum habis majlis, lagu raya didendangkan dan bersalam-salaman dengan para guru. Sayangnya, aku tak sempat nak hadiri acara itu. Sebab dah pukul 10.15 masa tu. Lewat sudah.

Masuk dalam Bilik Saujana Murni, bilik mesyuarat guru untuk amek exam sebab Pn Zaiton kata elok amek exam dekat2 ngan ofis. *lantak kau la* Lalu, aku mula menjawab setelah kertas soalan diedarkan.

Ada 7 soalan. Pilih lima soalan dan soalan 1 wajib jawab.

Dan dengan bangganya aku pun pilih LIMA soalan TIDAK TERMASUK soalan 1 yang wajib tu. Sebab itulah yang aku paham dari arahan dia. Lalu ku teruskan perjuangan menjawab soalan. Alhamdulillah apa yang aku baca itulah yang keluar. Ada satu soalan tu memang sebijik2 sama dengan soalan yang aku buat malam tadi. Alhamdulillah.

Selesai pun. Aku tengok jam, 10.50 am. Wah, aku start pun 10.20 abis 10.50. Hebat jugak. Haha. Lalu aku semak la macam biasa. 2 3 kali aku semak. Budak lain ada macam2 gaya dorang jawab. Ada yang siap berbantal lengan lagi. Adoy. Aku memang pikir nak bantai tido je macam biasa tapi dah aku tak mengantuk plak. MUSYKIL. Tetiba ma'at seblah aku tanye,"ika,jom hantar jom." Aku pun kata,"jom ar. Eh2, kau buat soalan bape weh?"*gaya makcik2 bergosip* Ma'at pun kata,"Soalan 1 sampai 5. Kau??"aku terkesima mendengar jawapan dia yang separuh berbisik macam penjenayah itu. "Oh." Aku dengan express patah balik ke muka depan dan baca,"Anda dikehendaki menjawab LIMA soalan sahaja. Soalan 1 wajib dijawab."

----Ika, makcik tu suruh kau jawab lima soalan TERMASUK soalan 1 tu ha-----

Oh..huhu..aku dah mula cuakan. Aku memang tak pernah amek exam rasmi TI ni. Jadi aku tak tau macam mana pemarkahan dia, rules dia. Aku takut lak kalau2 terlebih jawab dia reject ke en. Aku pun hantar je la ngan ma'a sambil redha dan tawakkal dalam hati. Ya, aku hantar paling awal bersama ma'a.

Then aku tanye ustazah ttg masalah aku. "Xpe, asalkan kamu jawab sudah."LEGA!

Lalu aku keluar pada jam 11.15 dan menuju ke library. Dan setelah itu aku naik ke kelas untuk jumpa member dinamician yang tercinta! Kupeluk cium sesorang mntak ampun maaf bagai..dan menuju ke 4 karisma sederet kelas aku. Ku panggil si ana, dayah, kechik, dan rakan2 juniorku yg teramat cinta. Ku peluk cium mereka. Huhu, sedih2.. Dah xde dah aku kat sekolah tu. Sape la nak jaga adik2 aku tu. *hahaha..*especially ana kesayangan aku. Waaa!!

Lepas habis sume scene sedihsentapbagai aku pun turun ke library dan pulang. Tunggu kat replika sambil borak2 ng nisa ng cheah dan husna. Tetiba nampak TUN AMIR AUDI. Wah aku ingat oh nama dia.

dan aku balik dengan anisah si diva divana kerana pakcikku tak bawak henpon dia pulak. Susa nak call suh dia amek aku.

1 comment:

IMCurtain said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...