Instagram

Friday, October 16, 2009

Boling

Pada hari itu, kami iaitu Aku, Nadiah, Mimi dan Ma'a bermain boling. Di mana lagi kalau bukan di MP Kajang. oh. MP stands for Metro Point. Masuk sahaja kami cuma bertiga, Aku, Mimi dan Nadiah. Dah sewa lane iaitu LANE 11 yg penuh misteri nusantara. Nama Ma'a kutekan first, kemudian Mimi dan seterusnya aku kemudian nadiah. Punye la lama kan Ma'a nak sampai, Mimi pun jalanlah dulu kan untuk ma'a. Siap satu round tak sampai2 juga budak ma'a ni. Ish.

Baru aku perasan di Lane 10 ada seorang jejaka kacak bapak teror main. Berbaju hijau...
Si baju hijau
Sedang bermain
Di perbatasan
pin boling asek strike je
Harus waspada
Ops..dahdahdah...Lalu aku meneruskan bermain. Sangatlah teruk kan corak permainan aku. Tak pernah2 aku dapat longkang 5x berturut2. Ni Valentino Rossi pun tabik ni. Ish, akhir 1st game aku dapat SPARE. Diulangi, SPARE. Cis, bukan nak riak tapi paling kokak aku main pun sekali je strike. Ni tak ada strike langsung? TIDAK!!

Lalu aku menyumpah seranah Lane 11 dalam bahasa jawa yang aku sukar fahami. Pastu aku kerling ke arah handfon ku Sony Ericcson K series je=.=". Oh??!!! Jam menunjukkan pukul 1.11 pm. PELIK.

Tengah2 main si ma'a,"weh ika tu seth kan? ng ABANG azim.."wek nak muntah aku dengar abang. haha. Aku ni pakai mata helang ke mata garuda ke kalau dah jauh dr Lane 11 ke kaunter sehelai rambut pun aku tak nampak. Lalu aku biar je la sampai terlupa. Tetiba seth call,"Ika, kau pandang kiri.." Aku pun pandanglah kiri. "Woi kirilah kau ni kiri kanan pun bala." Ini sungguh cis..Oh patutlah tadi aku pandang kanan. "Eh seth? Haha. Hai. " Sambil tekan punat merah.

Setelah itu game masuk ke set ke 2. Si mimi ngan ma'a mendahului kemudian aku dan seterusnya nadiah. haha, kelakarkan? Main punya main sampailah final game. Aku kecundang tempat ketiga. Cis. LANE 11!!

Lalu kami pun nak beransurlah kan. Takkan nak tunggu sampai pak guard tarik kami seekor demi seekor. Abang baju hijau yg macam pemain boling malaysia tu punye la tak balik lagi rupenye. Aku keluar nampak dia layan main PS kat kedai sebelah. Cewah. Main game bola. Ni kalau aku lawan ni ada peluang cerah nak menang. HAHA!!

Pastu kami pulang, dalam kurungan, merayap. Tak ada lah merayap mana kan. Cuma menuju ke kedai2 baju. Oh aku sangat terpesona tengok dress barbie style yg labuh smpai lutut. Sangat cantik menarik tertarik kau memang kebabom.

Dahdah lah ika. Kau ni window shopping boleh la. Nak shopping macam Barbie xperlu bermimpilah kan.

Lalu kupulang bersama kepulan asap.

2 comments:

Mohd Shahabudin Md Yatim said...

hahahahha ana pon minat bowling tapi tak derlah pandai sangat.. tapi belum ada sejarah 5x longkang.. hahahha

ikafantasi said...

cehhh jahaaaaaatttt akhi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...