Instagram

Sunday, October 18, 2009

Sayang Adik Sayang ;)

Semalam kan, Kak Sara mesej aku mengatakan keinginannya untuk bertandang ke rumah. Oh ya, Kak Sara ialah mama Azraie Amar, adik kesayanganku yang sangatlah comel. A'i ni sejak lahir dah ma jaga dia. Dan sejak kecil pun budak comel encem ni memang sangatlah rapat ngan aku. huhu...

Sesampainya mereka pada jam 2 ptg, aku pun persilakan duduklah kan, takkan nak suruh buat air plak. Setelah itu kuhidang air dan kuih raya. Ma tak berapa sihat jadi jamunya ala kadar sahaja. Kak Sara pun kata tak perlu masak apa-apa sebab dia kenyang dah makan kat open house.

Kejap je dah nak dekat 2 tahun umo A'i ni. Ish2..dah besar dah adik Kak Ika ni eh ;) Dan dia sangatlah bangga supergaban bila ada orang ambil gambar dia. Muka sengal dia paparkan, bila orang tunjuk balik gambar tu kat dia, senyuman superencem diberikan seraya berkata,"A'i encem." Haha. Memanglah, tengoklah kakak dia sapa. *haaahhhh???*






Azraie Amar Khairul Azhar


1 comment:

Wanniey Othman said...

pic yg last baru leh kompomkan itu adalah azraie.. taik lalat.. yeah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...