Instagram

Thursday, October 1, 2009

TRIAL : Ekonomi Asas Kertas 1 dan 2

8.00 am

Dapat paper terus tido sebab soalan dia ialah bulat2 dan hitam2. Haih.

Untungnya tadi Pn. Noy yang jaga yakni cekgu ekonomi kami yg sangat baik hati;) Tapi yg sentapnya bila beliau legar-legar sekeliling kami kan, dia akan tegur apa yg kami tersalah buat atau memang saja nak salahkan atau memang rasa bersalah nak jawab. Aduhh. Nasib baik aku ni bijak, time dia menuju ke arah aku je aku mintak pegi toilet. Yelah, aku ni kalau mintak pegi TOILET tau tau je lah ke mana destinasiku. Kalau tak ke kelas sebelah, sure jalan2 sekeliling sekolah sampailah 20 minit sebelum habis masa aku akan masuk balik.

Masuk kelas aku terus duduk dan check2 mana2 yg kot2 salah jawab ke en. Untung aku check, ada 3 soalan aku careless. Selesai.

Cikgu pun kutip. Aku, Arina dan Mimi sejurus itu menuju ke library. Kami ada masa 2 jam sebelum paper 2 start. Lepak di library aku pun study lah bagaikan bidadari bertauliah. Tetiba mataku tertancap pada "Promosi Novel Baru" di sudut rak fiksyen. Wahwahwa...manyak novel PTS u..!*ekonomi ika!!*

11.00 am

Aku menuju ke kelas dengan hati tenang tenteram. Mula menjawab. Soalan 1,2,3 aku siap. Ya, siap dengan lompong2 di sana sini. Soalan 6 iaitu soalan wajib aku sangat kantoi. Ya, soalan A aku boleh la tapi masuk ke soalan B, penaku berhenti menari bagaikan penari terkaku setelah kehabisan bateri radio. *what ever!*

Habis masa. Aku masih menulis. Ya, sangat memeranjatkan bukan? Bagi perosak exam seperti aku, masih menulis di saat terakhir masa menjawab. Haih.

Overall, paper 1 senang jugak. Paper 2 sederhana.

huhu

1 comment:

Anonymous said...

SALAM, ADA X SOALAN TRIAL EKONOMI ASAS 2009..XKISAH NEGERI MANA2 PUN..KALAU ADA LEH TAK SEND KAT
zaidsabri_85@yahoo.com

TERIMA KASIH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...