Instagram

Saturday, October 3, 2009

TRIAL : Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Kertas 1 dan 2.

Khamis, 1 okt 09

8 am

Kami-kami si dynamician yang amek PQS lantas menuju ke dewan untuk amek exam. Masa tu pn Mazlina jaga. Entah mengapa sedikit sentap dan kecil hati tatkala kami seperti dikambinghitamkan. Cis. Nak amek exam kertas soalan kena amek sindiri. Ape citer?

Tak mengapa. Biasalah kelas sains en kelas harapan. Cewah. Kami kat akaun pun terel jugak.
*persaingan itu perkara biasa*

Exam bermula pada jam 8.15 am, lewat sikit sebab masalah kena ambil kertas sendiri. Setelah paper PQS diedarkan, aku pun mula menjawab. Setelah memilih dengan kecelaruan*aku pk nak lari surau je wat istikharah jap en* aku pun mula la memasang kuda2. Soalan 1 dan 2 bahagian al quran ng hadis dapat jawab. Clear. Lalu menuju ke soalan 4, selesai. 5, sangkut. Seperti biasa aku pakai skill MacGyver, aku nyanyi2 jap sambil ketuk2 pen atas meja. "dumm!bleh senyap tak mangkok?" Mimi yg duduk depan aku siap ketuk meja smbil pusing kepala 180 darjah dan berbisik dengan muka penuh dendam kesumat. Aku senyum je la kan. Takkan nak lawan ketuk meja sambil nyanyi lagu kau pijak hatiku.

Setelah siap, aku pun menoleh ke arah tingkap. Cewacewah, ada2 je pakcik2 wat drift kat deret kedai sebelah tu. AKu pun dengan penuh asyik menonton tayangan unggul percuma itu. Setelah itu, aku tetiba ternyanyi pulak, nak wat camne kan darah seni mengalir dalam tubuh ini. pastu mimi pandang belakang dengan mata merah menyala. *aku rase en dia kasi jampi kat aku la, dan dan je aku terus hilang ingtan lagu ape yg aku nyanyi td*

Ma'at seperti biasa dengan muka yakin kata kat aku "Jom hantar weh." Mestilah berbisik kalau tidak boleh kena gari ng Cikgu BI tu ape tah nama dia. Lepas check in check out check it out, aku pun angkat tangan setinggi langit*khayalan menggunung je kau ni ika*aku pun cakap, "cikgu nak hantar." Pastu aku pun hantar lah kan.

Pastu kan, anisah si diva divana ni minta balik awal ng pengetua sebab cousin beliau sedang tenat akibat demam ape tah. Bukan H1N1 lah tapi. Dengan rasa bajet dan penuh tanggungjawab kami[aku,ma'at,nedy] pun teman lah si anisah ni pegi call. Unfortunately, her dad said that her cousin has just passed away. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Masa tu ayah dia dah ondaway ke skolah. Huhu.. Nisah macam tak caya, dia senyum gelak2 n said,"Aku tak caya lah weh. Baru je aku jumpa dia." dan gelak. Cool la nisah. Let bygones be bygones. Dah Allah lebih sayangkan dia.
Al Fatihah buat cousin Anisah bt Abd Shamad.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...