Instagram

Thursday, October 1, 2009

TRIAL : Prinsip Akaun Kertas 2 dan 1

29/9/09

hoyeh hoyeh.
Akhirnya paper paling syadid sedunia muncul jua. Oh, bukan bermakna aku lega. Tapi at least aku berjaya habiskan paper2 trial tanpa rasa sakit.

7.40 am

Cikgu masuk kelas dan edarkan kertas Prinsip Akaun Kertas 2. Dapat je kertas jawapan yang warna warni tu aku terus tulis nama dan sebagainya. Aku mula menyelak helaian Lampiran yg banyak dokumen untuk ditentukan ke mana arah tuju mereka. Sama ada jurnal am, jurnal khas iaitu jurnal belian, jurnal jualan, jurnal pulangan masuk dan keluar, atau Buku Tunai?
Setelah menentukan segalanya aku pun proceed ke soalan pertama. Pindahkan dokumen ke buku catatan pertama, lalu melalui lejar dan mengimbangkan nilai di Imbangan Duga. Haih.
seimbang ke x?RAHSIA.
Siap.

Soalan 2. Kena buat penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Maklumat tambahan dia agak sukar difahami. Selesai.

Seterusnya ada Penyata Pengasingan , Realisasi(pembubaran perniagaan), dan soalan yang pilihan tu ada Persamaan Perakaunan. Ofcoz aku pilih yang itu sebab senang. Kunci kira-kira agak payah jap sebab aku tak dapat nilai seimbang.

Siap.


REHAT.

11.45 am
Start paper 1 akaun. Aku buat sampai pukul 12.15 dan aku minta keluar dengan Mr.V utk ke toilet dan aku keluar menuju ke kelas sebelah iaitu 4 kreatif kelas izyan nadirah tersayang. Layan borak sampai kantoi ng dani boy si Danial Zharif. Haha.. Biar je.

Overall, paper 1 agak senang sebab kebanyakan aku dapat jawapan. Ye lah, bagi seteru paper 1 macam aku ni memang senang nak SKOR paper 1. haha.
Paper 2 pulak sangat mencabar macam biasalah kan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...