Instagram

Wednesday, December 23, 2009

Accident, Coincident, Incedent, Ambulans.

Cool. Aku paling awal sampai pada hari ini. Dan terpaksa meroyan di pintu belakang sementara kak Hajar bukak pintu. Lepas isi attendants, aku tengok jadual. Alamakatak, Kak Fiza off day hari ni. Ok makanya aku harus berlagak seperti independent woman. Aku masuk kitchen, bukak gas, bukak lampu, bukak exo. Aku pegi depan CO dan baca schedule Opening. Aku buat semua ikut step, start from masuk kitchen until cleaning cutlery. Selesai. Pastu aku ingat nak buat opening Fryer. Tapi aku tak reti lagi. Aku pegi belakang, amek grease trap dan letak kat longkang-longkang yang sepatutnya. SIAP.

Setelah itu aku panaskan mash, corn soup, and potato aku sumbat dalam microwave. Selesai. Pastu Kak Liza masuk dengan muka sejuta curiosity.

Aku pun tanya la,"nape kak..?"
Kak Liza,"U buat apa je ni? Apa-apa yang u tak tau jangan buat dulu, nanti kak idah datang dia ajar. U buat opening ni semua ke? "
Aku jawab, "Yela kak. Semalam Kak Fiza ajar dah semua. Cuma fryer Ika tak on lagi. Tak ingat lah macam mana. "
Kak Liza, "Ok takpe u ikut semua ni je. Yang u tak tau biarkan dulu. Akak keluar dulu."

Lepas tu aku pun siapkan semua, lap meja. Tetiba ada sorang akak ni masuk dan,"Hei." Senyum. Aku pun senyum. Kak Idah namo eh. Lepas tu dia kata dia nak ajar aku masak nasi ayam. Ok. Dia suruh aku pergi kat sebelah pintu n tunjukkan aku ingredients dan sukatan untuk buat chic rice. Aku baca, Kak Idah tunjukkan mana letaknya bahan2 nak masak. Aku pun mula menyukat dengan gaya Michael Bubble. Siap. Pastu kak Idah kuarkan kuali besar. Wah 1st time masak nasi ayam pakai kuali. Selama ni aku tengok mak masak pakai rice cooker je. Sedap lagi mak aku punya.

Haha. Selesai. Aku pun panaskan kuali, masukkan bahan. Godek2 rasa2 maka siaplah nasi ayam BBQ Chicken hasil air tangan aku. *xde lah air tangan sangat, aku pkai glove* Wah sedap jugak nasi ayam aku buat. *alah resipi dah ada senang lahhh* Haha. Selesai. Pastu ada order. Kak Idah letakkan kepercayaan kat aku untuk buat 1 set olive luxury chicken, hot hot drum 1 set. Yang ni senang, semalam kak fiza dah ajar. Aku buat lah, sekian terima kasih lah kan kerana aku salah celup olive chic kat powder wing. Hah padan muka tu la taknak tanya. Haha.

Selesai. huh penat. Pada jam 1 petang, datang seorang pakcik ke kitchen. Aku ingat dia nak rompak aku. Rupanya dia kerja kat situ. Erm nama dia ape eh? Entah la Zaki kot. Ah lantaklah aku tak pernah panggil nama dia pun. Lalu dia terus2 je nak ajar aku buat corn soup. Oke aku dah reti dah semalm kak fiza ajar. Pastu aku potong-potong bawang untuk chopped onion. Tetiba segerombolan customer masuk. Aku cuak sikit sebab order lama tak siap lagi heh. Takpe2 mari kita buat muka COOL. Setelah itu pakcik Zaki itu pun ajar aku nak cucuk ayam yg dah separuh fried. Aku pun try lah sambil diperhatiin oleh itu pakcik. Ketiba-tibaan ayam tu gila meroyan pergi tergolek dalam minyak yg sedang menggelegak dan terpercik kat tangan aku. Ya, sangat sedap. Dah la Kak Liza ada. Nasib baik dia tak nampak. Ha!

Sakit weh. Percayalah cakap saya. Tapi aneh kerana aku tak jerit pulak. Wah ini sesuatu yang hebat ni. haha. Pastu aku rasa en pakcik tu mesti seriyau gila sebab aku asek pegang tangan je sejak kejadian itu. Ha padan muka ajar aku benda bukan-bukan lagi.Haha. Setelah itu aku tolong sapu sos kat drumsticks, sebelah je minyak tadi. Yelah takkan tak tolong gilalah ramai customer ketika itu almaklumlah lunch time. Lepas tu aku tersentak gila sebab jari hantu aku merah menyala. Kena minyak tadi ar, aku buat slow je pastu kak liza datang kat aku,"Mana hot drum..??" Marah sikit ar dia tu. Sebab ramai customer. Aku pun bagi la dia. Pastu pakcik tu suruh aku duk diam2 kat fryer *banyak minyak panas la!!* sebab bila ramai customer, 1 staff jaga 1 bhgian je. So aku duk diam2 la kat situ.

Pastu aku pegi sambung potong bawang. Kak idah ngan pakcik tu borak pungpangpungpang aku malas nak campur hal orang dewasa. *cewahhh!* Haha borak sebelah aku je. Pastu aku terdengar. Bukan terdengar, memang dengar pun dorang betul-betul sebelah aku. Kak idah duk basuh pinggan, pakcik tu berdiri sebelah aku layan borak.

Kak idah : Kau tau aku malas gila nak bangun pagi tadi. Tu yg lambat tu. Semalam habis kul 11.
Pakcik itu : Oh tu ar. Aku pun terus tido je tu yg tak basuh baju.
Kak idah : kau selamba je. Aku masuk2 tengok ika dah sorang2 buat opening.
Pakcik itu : sapa? Ika?
Kak idah : Ni ha ika.
*aku pandang dorang dan tunjuk gigi rabbit aku*
Pakcik tu : Wah..sorang? Ooo sorang ea??
*aku terfikir nak sumbat je bawang tu kat mulut dia. boleh tanya lagi. *

Lalu, kak idah tanya,"ika buat apa ni? haha. Salah la ika. Woi Zaki kau ni tak tunjuk ke kat ika? tengok dia dah salah buat dah."
dalam hatiku berkata,"habislah saya kali ini."
Pakcik itu berkata,"nape?" sambil menuju ke arah kami.

"Yang ni untuk chopped onion, onion ring takyah buat dah banyak dah. Kau tak tengok dia ke zaki?" Pastu kan pakcik tu tengok aku. *kepala anda* "Eh saya pulak kena. " kata beliau. Lalu aku sambung la buat chop onion, senang je tapi disebabkan tangan aku sakit, kerap jugak aku berhenti dan bukak glove. Aku usya tangan aku yg merah tu. huhu makkkk sakit! *eee gedik dan manja sungguh*

"Sakit ke tangan tu? Rehat la dulu.." kata pakcik itu. "Oh? Eh tak...takpe2 ok je. bese je." aku berlagak kuat. Yes lagi setengah jam. haha. Aku mintak air kat service. 2 cawan untuk pakcik itu sekali. Uhh sedapnya air masak dengan ais berketul-ketul. Aku duk mencangkung la sebab takde kerusi antik, pakcik itu masih di sinki dok cuci pinggan. Pastu," Haha duduk lah atas tong merah tu, apa pulak mencangkung?" Sambil gelak. *aku baling cawan ni kat kau tau ar* Heh yelahh. Huh. Lepas minum aku kemas2 sikit bekas bawang tadi. Pakcik itu sudah berambus, solat barangkali.

Ting! Pukul tiga petaaannggg~~~
Balik! Aku sempat siapkan 1 last order, olive luxury chic again. Kak Idah suruh aku kuar lepas pakcik itu masuk. Ok. Ceh mana dia ni. Ok dia dah sampai aku boleh balik. "Ika balik dulu kak idah! Balik dulu ye. " sambil buat a little bow dan bukak apron. Dan keluar. Babai kak liza, bai kak hajar. Jom amani! Haha.

Eh2 aku lupa fotostat ic. Ok aku pun pegi KK dan fotostat ic dan bagi kat kak Liza. Heh. Balik!!!



3 comments:

azxej said...

ko keje apa ni????wah ptg2 bwang,cucuk2 ayam....bagus2....

ikafantasi said...

heh aku keje kedai repair kereta terpakai =.="

Mohd Shahabudin Md Yatim said...

best plak dengar owg keje.. lama dah tak keje..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...