Instagram

Thursday, December 31, 2009

Aku, Bracelet dan Lipstick.

Rantai, anting-anting, gelang tangan, gelang kaki, gelanggang dan sebagainya. Orang putih kata, Bracelets. Apekah??? Oh bagi aku, melihat wanita-wanita feminin memakai bracelet bergantung-gantung di leher, telinga, tangan, dan kaki adalah sesuatu yg OKAY SAHAJA.



Nonono..bukan sentap melihat mereka begitu anggun seperti model. Bukan juga jeles sebab mereka cantik, anggun dan feminin. Tapi...

Ya, aku bukanlah perempuan yang ke arah ITU. ITU? APAKAH ITU?

Zaman kanak-kanak aku amat indah. Pergi ke mana sahaja. Pakai apa sahaja. Termasuklah yg dikatakan BRACELET itu. Ya, gelang, subang, rantai. Aku tak pernah lekang. Sampailah masuk sekolah rendah darjah 1. Barang-barang kemas itu sudah kutinggalkan. Ya, kutinggalkan sehingga aku mula terasa 'euwwwww' nak memakainya semula.



EUWWW?????? Kenapa? Entah. Mungkin faktor sekeliling. Faktor apa? Ha itu yang kita tak tahu. Haih. Aku tak begitu meminati segala itu kini. Di kelilingi begitu ramai kawan dan sahabat lelaki mungkin mendorong aku untuk tidak begitu menyukai barang itu. Haih. Dan aku bukanlah perempuan yang dikatakan tomboy dan sebagainya. TOMBOY??? heh itu bukan saya..! Saya adalah perempuan sejati. Dan hebat. Haha.


Lipstick, Blusher, Mascara, Compact Powder, Eye Liner, Lip Liner, Road Liner(????) *jgn tanya mana aku tau nama2 barang mekap ni, kakak aku punye bersusun kat almari*



Ya, yg itu orang putih panggil Make-up. Apekah? Salah satu elemen yang bertentangan dengan jiwa aku. Sedangkan bedak compact pun aku jarang pakai. Muka aku ni boleh terima bedak bayi je. Carrie Junior, Johnson, Mickey mouse punye bedak tu, Silky Girl. Hah ini jelah yang aku biasa pakai bila nak keluar pegi mana-mana.
Lipstik? Never. Ok. Tipu. Pernah pakai. Tapi tak sempat keluar rumah lipstik kat bibir aku dah hilang. Sebab aku asyik jilat je. Almaklumlah perisa strawberry. Makanya aku enak lah menjilat.



Blusher? *sebelum cari kat google aku tak tau ape benda ni* Aku tak pernah pakai sebab geli. Aku rasa muka aku bagaikan ditampalkan dengan poster TAK NAK MEROKOK. Uhhhh...
Mascara, Eye Liner??? Haha, aku pernah try sekali dan sangat huduh. Mata aku ni tak perlu letak celak bagai.. Dah original punya smoky eyes. Wahaha.. *gedik*

Itulah aku. Perempuan yang tidak ber'bracelet', tidak ber'mekap' dan sangat simple. Aku suka blouse n long slack je untuk keluar rumah. Sarung tudung dan berjalan kaki. Best begitu. Haha. Tapi bila aku nak keluar semua orang nak hantar aku. Tak tau kenapa. Hahaha.

SEKIAN POST KALI INI.

Jadi jangan kuno sangat tengok aku dah meningkat dewasa tapi masih pakai bedak bayi, sling bag, dan kasut all American. Itu tidak aneh ok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...