Instagram

Sunday, December 20, 2009

Aku Kembali Aktif Berblogging ;)

Ya, aku semakin cenderung ke arah penaipan berkala di rumah bangloku ini. Hal ini adalah demikian kerana aku telah separa bebas. Ya, bebas daripada cengkaman SPM. *hauyeh hauyeh!!!* Percaya atau tidak, hari terakhir SPM, petangnya itu aku sudah mula merayap ke Metro Point. Kerana apa? Mencari jodoh. EH! Salah2. Tu kerja mak aku. Aku pergi mencari kerja. *giggles* Gedik kan aku ni tak sabar-sabar nak kerja. Haha.

Malam pula, aku tengok wayang bersama Affina, cerita AVATAR weh bukan nak cerita besar lah. haha. Dah balik penat-penat, esoknya aku lepak kat rumah jelah sebab Makteh nak datang. Esoknya aku merayap lagi, bersama Zwan, Safwan, dan Azman. Serta Aca.

Dan aku telah mendapat panggilan telefon dari BBQ Chicken untuk datang kerja hari Selasa pada jam 10 pagi. Yeah!! superb. Gaji sejam RM 4 kira-kira RM 540 untuk sebulan. Ceh oke la tambah-tambah sikit duit untuk ambil lesen.

Ya!!! Tujuan sebenar aku kerja ini bukanlah kerana aku adalah satu OBJEK KERAJINAN. Tapi semata-mata kerana aku nak ambil lesen. Motor dan kereta. Pasal motor terima kasihlah aku tak perlu risau sebab rempit adalah salah satu profesyen aku ketika zaman persekolahanku. *tak sampai seminggu kau tinggalkan skolah, ika* Yang jadi isu sekarang ialah kereta. Ya, ada dua kereta di rumahku ini. New Saga auto, MyVi manual. Sesungguhnya bukan nak tipu tapi pagi tadikan, aku mimpi aku bawak myvi. Siap pandai main ngan clutch lagi. Perghh...ni kalau praktik ke dunia realiti ni best jugak. SEBAB APA? Sebab aku siap buat DRIFT kat simpang kedai depan tu. Malangnya ia cuma mimpi.

Doakanlah aku cukup duit nak ambil lesen..! Haha bukan apa. Mak ayah aku tak kasi aku ambil lesen sebenarnya. Makanya aku bergantung kat kerja ni jelah untuk bayar lesen. Sekian tentang lesen.

Tapi sampai bila aku akan terus update blog aku ni daily? HA itulah yang kita tak tau. *khir rahman ajar aku cakap camni* Hm, aku akan sediakan satu label baru lepas ni khas untuk sahabat maya aku AKMAL ALIF BIN AMRAN. Tunggu ye cik abang. Sedang berusaha mencari bahan untuk label baru ni. ;)Klik sini untuk secong blog AKMAL ALIF BIN AMRAN.

**kebelakangan ni aku rasa aneh**

2 comments:

Mohd Shahabudin Md Yatim said...

hahahah bagus2.. lama dah dok tengok blog terbengkalai,,

ikafantasi said...

hehe tp mungkin akan terbengkalai lagi kott....nmpk gaye cm xde mse nk update daily jehhh...
dah start keje nii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...