Instagram

Tuesday, December 22, 2009

Memancing di Kuang ;)

Ya, sejak bila aku mula minat nak memancing? Sejak dulu lagi sebenarnya. Tapi ayah tak pernah pulak nak ajak aku pergi mancing sesama :( Dan kali ni dah alang-alang ada peluang akan ku habiskan masa sehariku HANYA DENGAN PANCING.

Ok. Bertolak ke Kuang pada jam 11 pagi bersama Mak, Ayah dan Intan, kami singgah di rumah Mak Long dan Nek Cu dulu, menziarahi Mak Long yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah. Borak-borak, makan-makan, kami pun beransur dari rumah Mak Long dalam jam 3 petang. Menuju pula ke destinasi bajet, kolam pancing Kak Ngah, anak buah ayah yang terletak tak jauh sangat lah dari umah mak long. Lepak-lepak minum jap, aku mula tak senang duduk dahhh =.="
Bila nak memancing ni????

Ok. Aku terus menuju ke MyVi ambil barang pancing dan letak di pondok sebelah kolam ikan tu. Lepas ayah ajar 2 3 minit, aku pun mula lah aktiviti memancing. Disebabkan leka memancing, aku pun lupalah nak amek gamba se'snap' dua. Tapi ada jugak lahhhh. 2 saje. Tu pun part2 last dah letih tunggu encik2 dan puan2 lampan. Lepas je 2nd snap tu, pancing yang kat ayah gerak-gerak. Ceh, pancing aku ni tak nak gerak ke??? Ini tercabar ni. 3 jam tunggu tak dapat ikan. Ayah dapat lampan seekor. Aku tolong kutip kat tanah je lahh.




Takpe2. Lain kali ayah pergi mancing kat Langat aku akan berhempas-pulas berusaha untuk ikut. HAHA. Sekian lah bab pancing-memancing. Aku dah lambat nak pergi kerja ni. Assalamualaikum.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...