Instagram

Tuesday, December 22, 2009

Sakitku Datang pada Hari Pertama Bekerja

Seawal jam 10 pagi aku dah terpacak dengan gaya Jim Carey di depan pintu BBQ Chicken. Terserempak dengan seorang budak perempuan berbaju hitam bertanya,"staff baru ke? same la." Eh? *Ohh..haha tak tanya pun kak!!* Lalu aku bertanya,"Oh, nama apa? By the way, I'm Ika." sambil hulur pelempang. Eh tak itu auta. Sambil hulur tangan nak salam, dia pun jawab,"Amani." Ohh..

Kami sebagai pekerja baru diberi briefing oleh supervisor service iaitu Kak Hajar. *macam penah tgk akk ni tp lupa ya di mana* Lepas tu datang lagi sorang staff. No, she's not a staff. Dia ialah supervisor kitchen, bahagian yang aku akan kerja nanti. Namanya Kak Fiza. Dia bagi aku personal briefing dan sedikit briefing tentang kitchen. Selebihnya, KAMI BORAK. Ya, haha akak ni best. Ok.

Kak Fiza bawa aku masuk dapur dia. Smart mesin2 banyak butang aku suka tekan ;) Haha. Pastu satu persatu Kak Fiza ajar aku, 3 bhgian penting kat kitchen, Fryer, Grill dan CO. Setakat ni aku ok dengan Fryer sebab bahagian ni agak mudah. OK.

macam ni lah cara nak grill jerk ;)

Kemudian, dia ajar aku cara nak buat CO. Yang ni best sebab boleh tekan loceng. HAHA. Pastu macam-macam lagi dia ajar termasuklah nak buang benda-benda tak penting pada ayam. Pastu Kak Liza as a manager panggil aku ngan Amani untuk briefing secara detail lagi. SELESAI.

Pada waktu inilah sakitku datang. Ohhhh sakit! Aku minta nak ke tandas. Pulang dari tandas aku malas nak buat kerja berat. Aku cuma buat CO dan Fryer, goreng French Fries, basuh ayam, basuh pinggan, main dishwasher, potong mushrooms, potong sayur2, minum air. Pada jam 1 petang, ada sorang lagi staff kitchen masuk, seorang lelaki. Dia ajar aku buat marinate. Dia suruh aku gaul ayam dengan marinate powder, sukat powder n ayam n blablabla.

Aku dah tak larat nak dengar dia merepek lebih lanjut jadi aku marinating lah dengan gaya pesakit luar. Seterusnya aku habiskan masa sampai pukul 3 aku dengan membasuh pinggan dan main dishwasher. Best. Kemudian susun pinggan dan saat inilah sakitku semakin tak tertahan. Aku mencangkung kat pintu belakang. *CIS, aku tak pasan sebelah aku tong sampah* Pastu Kak Fiza berkata,"Lagi 5 minit Ika boleh la keluar. Ok ke ni?" Aku angguk je dan keluar dari kitchen dan pergi ambil beg dan duduk di depan rak beg. Sakit. Aku mula texting ma suruh abang ambil aku. Kak Fiza kata,"Ika, nak balik infom kak Liza ye. Duduk la dulu kalau tak larat kang pening pulak." Thanks for the caring kak. Heh.

Aku pun sign attendants dan cilok semua no staff dan jumpa Kak Liza. SELESAI.

Aku pulang dan call Qada report about my first day. Hah. Qada dah berhenti kerja pada hari pertamanya. Dia hebat. Dia dapat syif malam, so dia tak nak lah kerja sini kan susah. Aku pun pulang.

Itulah kisahnya pada hari pertama aku bekerja. Huaaa maaaa!!! Sakit..!


*Inilah yang terpaksa aku tanggung setiap bulan. Harap2 next month aku sakit time aku off.*

4 comments:

Wanniey Othman said...

macam ko sorang je sakit... ye, sy suka akan kutukan.. haha

Aku cuma buat CO dan Fryer(aku taktau menetang apekah CO itu), goreng French Fries(ko menggoreng?? oh, fries, still acceptable), basuh ayam (betul ke ape yg aku baca ni?? basuh ayam?? r u sure???), basuh pinggan, main dishwasher, potong mushrooms, potong sayur2, minum air.

ikafantasi said...

hhahaha sakit betul ni tauuu!!!

erm...bukan fries je fyi lot more, ayam, dan bukan sekadar goreng..kne salut tepung dia,

basuh ayam??ya saya buat kerja ini. dan percayalah i did it very well..

Mohd Shahabudin Md Yatim said...

alolao.... keje cikit dah cakit.. belum keja besaw lagi.. hahahah

ikafantasi said...

heh sakit ng keje ni takde kaitan la akhi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...