Instagram

Friday, December 18, 2009

Selamat Tinggal Sekolah...

Akhirnya aku dah pun berjaya tamatkan SPM aku. Wah, jatuh sudah takhtaAlign Center PELAJAR SEKOLAH MENENGAH akhirnya. Percaya atau tidak, *PERCAYALAH!!* aku sudah mula merindui suasana sekolah, ucapan pengetua yang semangat, perhimpunan pagi yang meletihkan, tugasan pengawas yang padat, suasana kelas yang gila, cikgu2 yang best, makcik2 kantin yang annoying, air coklat kat kiosk, Squiggles kat koperasi, agenda-agenda gila aku di library, kerja-kerja buang masa aku di sekitar bangunan sekolah. WHOA!!! Rindulahhhh...! T-T

Lepas ni aku dah tak pakai dah unifom kuning kain hitam tu lagi heh. Huhu. Amat sedih. Aku bakal melalui satu fasa baru dalam hidup aku. Fasa yang mengajar aku untuk buat keputusan sendiri. Cewah...

oh ya. Memandangkan dah lama tak update, aku nak share beberapa keping gambar masa Graduation Day yg lalu. Heeeee....




















That's all for now. Nak upload banyak2 ni satu aktiviti yang amat mencabar jugak. Mencabar kesabaran iman.

Huhu. Seminggu sebelum SPM kelas aku buat majlis baca yasin dan solat hajat. Bertempat di rumah aku, start majlis lepas isyak dengan budi Imam Aziz dari surau Al-Hidayah, Sg Jelok, maka berjalan dengan lancar majlis tersebut. Gambar masa baca yasin n solat hajat tak sempat dirakamkan sebab tak ada pulak yang pegang camera masa tu. Sume pegang yasin je. hehh...
Cuma masa sesi mentekedarah ada la.. Ouhhhh aku sangat merindui suasana itu!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...