Instagram

Wednesday, February 17, 2010

Ku Kembali Lagi...

Ya, sebulan lalu aku tak sempat nak post last entry sebelum ke Penang. Kini sudah sebulan 2 minggu aku bekerja di Penang. Dan kini pulang ke kampung halamanku di Kajang untuk bercuti selama seminggu.


Alkisah dua hari sebelum pulang ke Kajang, aku mengalami demam yg teramat teruk. Kalah demam aku yg sebelum2 ni. Hari kedua demam yakni pada hari Jumaat, 12 feb 10 bersamaan hari untuk aku menaiki tren KTMB Ekspres Langkawi EL8 untuk pulang ke Kajang, aku masih ke kantin, tempat aku bekerja. Sehabisnya selesai waktu rehat sesi pagi, aku tidak berkemas seperti selalunya. Sebaliknya aku masuk ke bilik kerja dan baringkan kepalaku di atas meja depan kipas. Ya, sakit kepalaku datang. Kali ni bukan main-main punya.

Sakit punya sakit aku pun terlelap. Datang Mak Anjang rasa badan aku. Dan kecoh-kecoh kantin menyatakan aku sakit kuat. Maksud mereka ialah demam teruk. Aku hanya mampu mendengar samar-samar memandangkan sakit kepala yg tak tertahankan. Lalu Mak Teh mengarahkan Kak Ida bawa aku ke klinik. Ya, mujur Kak Ida pandai bawa motor. Lalu motor dan helmet Along menjadi mangsa. *ya, drpd dihantar oleh along sendiri* Menuju ke Klinik 1 Malaysia. Bayar seringgit, dapat ubat, dapat juga berita yg pelik.



doc : ada bintik2 merah kat badan tak ?
aku : takde. cuma saya ni mmg ada elergi. ada kena mengena ke?
doc : takde, ada berak berdarah?
aku : TAKDE!*muka aneh dan mengutuk dlm hati, doc ni buat lawak nabil ke ape?*
doc : duduk kat mana? dgn sapa?
aku : pmtg berah, titi mukim. duk ngan mak cik. umah bapak saya kat kajang.
doc : ohh, kenapa datang sini?
aku : sbb saya demam la.*aku mula naik angin*
doc : kenapa datang ke pulau pinang?? *smbil gelak*
aku : keje ngan makcik smntara tunggu result spm..*smbil angkat kaki nak blah*
doc : ni ubat ni kena habiskan ye. kerap mandi. guna sabun utk cuci tgn. jgn minum ais byk2. skang ni musim panas. sila jaga kesihatan.
aku : trima kasih je la. assalamualaikum.
doc : waalaikumussalam.


p/s-
=doc itu seorg lelaki yg kacak juga. tp mereng.
=mak anjang ialah biras mak teh
=mak teh ialah kakak mak aku yakni mak cik aku
=kak ida ialah pekerja baru di kantin makcik aku
=along ialah sepupu kpd kak duyah yakni anak makteh aku. maka along dan aku masih boleh dikatakan bersaudara..agaknyelahhh...

1 comment:

Liliyuli said...

sekarang dah ok kan? bagus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...