Instagram

Sunday, February 21, 2010

Wahh!! Aku Suka!

Hari ni aku sudah pun berada di Titi Mukim, Pmtg Berah, Butterwoth, PP. Sampai di stesen Bukit Mertajam pada jam 6 pagi, perjalanan yg sangat memenatkan dan membekukan. Ya, pernahkah anda lepak di dalam peti sejuk selama 8 jam? Saya telahpun melaluinya >____<"

Oh sebelum tu, special thanks untuk Seth Sufian yg sudi belanja tiket balik ke Kajang hari tu dan menjaga aku sepanjang malam, ya di waktu aku diserang demam yg amat teruk. Dan sekali lagi dia teman aku balik ke Penang dan sekali lagi menjaga keselamatan aku sepanjang perjalanan. Thanks dude!

okey sambung balik ar cerita. Sampai di rumah aku sambung tidur sampai Zuhur. Lepas solat aku makan tengahari ngan Pakteh. Makteh masih di bilik, kepenatan mengemas kantin. Lepas makan aku tengok tv, sakit kepalaku datang lalu ku bantai tidur sampai Asar. Lepas solat aku minta izin Pakteh guna moto dia nak pegi kedai. Ingat nak topup walaupun kreditku masih berbaki RM 8.06. Masuk je kedai belakang rumah Makteh ni, aku terus membesarkan mataku dan bersinar-sinar. Wah banyak nye PC!! Maka terjadilah satu perbualan,

Aku : Kak, ini CC kah?? Sejak bila?
Kakak : Ya lah dik, lama dah ada cc kat sini. Sejam RM 1. Nak main CS PC 3 paling best. Nak internet PC 5 paling laju.
Aku : Nah kak, saya sewa semua PC. *bling bling*
Kakak : PC 5 ya dik :)
Aku : ok kak. Terima kasih. [sambil bagi rm 2 kat dia, aku blanja Hazrul, sepupu aku main CS]
*SUMPAH SYOK!*


Dah sebulan lebih aku meroyan tak leh on9 sebelum ni baru kutahu belakang rumah aku ada CC. Ini satu penyesalan. Bukan aku tak pernah pergi kedai ni. Berpuluh kali dah sebab ni je kedai yg terdekat. Naik moto saje. Jalan kaki penat gak. Tapi baru hari ni aku perasan ada PCs kat sini. Ceh. Inilah yg dinamakan rezeki masing-masing. Haha! Cissss!

Dan entri ini dibuat di CC ini. Haha. Maka bermula dari saat ini, akan ku jadikan cc ini sebagai rumah ke 3 ku selepas rumah makteh dan kantin SMKTAT. Wahahaha.

Kalau nak diikutkan aku ni bukanlah terlalu addicted dengan internet. Cuma aku akan jadi sawan sebentar bila tak dapat on9 yahoo dan CS!! Tidaksss... Aku juga merindui untuk tengok gambar-gambar family aku. Almaklumlah, duk jauh. Takkan nak aku bawak family frame yg besar gabak dari Kajang ke Penang kot en.

Oh ya, pulang semalam, aku singgah di Lemon. Tempat kerja si Nadiah dan Mimi untuk bertemu mereka sebelum ke Penang. Huuu sedih dia rasa lain macam. Aku ngan dorang dah macam adik bradik kembar siam. amat sukar dipisahkan. Terutama Nadiah. Aku rasa mereka macam nyawa aku. Cehh macam melampau tapi itulah yg kurasakan. Macam mana aku rasa pisah ngan family aku macam tu lah aku rasa pisah ngan dorang. Sebab tu aku rela berlari dari tempat parking ke Lemon sekuat hati. Ya, aku berlari. *laju doe macam palesit..tiba-tiba je dah smpai* Ku peluk cium mereka 18 kali tanpa kata aku berlari lagi ke tempat parking. Ya, tanpa kata. Hanya linangan air mata. Haha. Bukan gelak. Tapi mengingatkan kembali seminggu bercuti masa yg kuluangkan hanya bersama mereka, dan ma'a. Aku jadi sedih dan terharu. Huhu.

Tamat sudahlah entri aku kali ni. Rupanya pening jugak mengadap pc lelama ni. Selamat tinggal sayang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...