Instagram

Saturday, March 6, 2010

Doa Buat Sahabat.


Ayu, cantik, manis. Inilah yang dikatakan perempuan muslimah. Ya, perempuan. Ayu, bukan? Sekali pandang pasti terlintas di hati korang bahawasanya perempuan ini membawa imej yang begitu baik sekali dalam segala aspek kehidupan beliau. Ya, perwatakan lembut. Bicaranya tegas. Apa yang keluar dari mulutnya segalanya tentang kehidupan di dunia. Nasihatnya melenturkan hati yang keras. Madahnya menyedarkan hati yang leka. Indah tutur katanya. Yang bisa buat beliau tertawan cuma jejaka berkopiah, bersuara merdu, berbicara serupa pemimpin Islam.


Tetapi...


Pernah tak korang dengar...MANUSIA BERUBAH?






Dapatkah korang bayangkan perempuan di atas, bertukar imejnya jadi macam ni?


"MUSTAHIL!"
"Kau jangan fitnah weh!"
"Ni cerita gila doe."
"Ah, gambar bukan senang nak dimanipulasi."
"Teknologi canggih skang ni."



Inilah antara jawapan yang mungkin terpacul keluar dari mulut korang. Aku ambil contoh gambar artis dan gambar maya supaya tidak menyentuh sensitiviti pelbagai pihak. Ya, susah nak percaya, betul tak? Seayu-ayu umat pun boleh dedah sana-sini.

Jangan cepat melatah. Kita ambil contoh mudah.

Maniskan bertudung? Tapi sekarang???


Wahh..memang cantik. Tapi, sampai bila kecantikan itu bertahan? Allah sahaja yang tahu.


Entri aku kali ini memang akan menyentapkan beberapa pihak. Ingin aku tegaskan di sini, sasaran aku bukanlah para wanita yang tidak bertudung. TIDAK SAMA SEKALI. Itu bukan urusan aku.


Tapi sasaran aku ialah seorang sahabat yang dahulunya aku kagumi dia kerana penampilannya yang amat sopan, bertudung labuh, kata-katanya juga hebat-hebat belaka, bicaranya tegas belaka, nasihatnya berjaya mematahkan kerasnya hati aku. YA, SUATU KETIKA DAHULU.

*******************************************

Aku seorang yang amat sederhana, bertudung pun awal darjah 6, ketika semua rakan sebayaku sudah pandai menggayakan perlbagai jenis tudung, aku pula baru belajar nak bertudung. SAHABAT inilah yang mengajar aku banyak tentang aurat. Nasihatnya aku boleh terima dengan baik. 3 tahun kami berkawan baik, macam-macam kali lalui sampai lah satu saat kami semakin jauh walaupun sekelas. Sedikit pergolakan berlaku, kami bawa haluan masing-masing. Namun segala apa nasihatnya aku masih pakai. Dia pernah menyuruh aku melabuhkan tudung di bahagian hadapan, sehingga kini aku masih begitu.

DIA? Mengenali seorang jejaka yang entah dari mana asal usulnya merubah sebahagian besar daripada dirinya. Bermula dengan gaya bertutur, saiz tudung yg makin mengecil, saiz baju yg makin mengecil, bahasa yg digunakan, segalanya berubah.

YA, HANYA KERANA SEORANG LELAKI.

Sejak 2 tahun lepas, dia mula berubah. Dan terbaru, jujur aku katakan sayangnya hidup dia disayangi keluarga. Tapi hakikatnya seluruh kaum keluarga tertipu. Menipu keluarga, menipu diri sendiri, menipu kawan baik. Bukan kawan yg baik dengan dia. Tapi seorang kawan berhati mulia yg sudi nak membantu dia.

Pernah kitorang (member2 skolah dlu) cuba nasihat dia cara baik. Agak-agak korang apa hasil yg kitorang dapat?


"i don't need unpleasant people to judge me.
let me be wat i want.
thank you."

Inilah hasilnya. Dalam satu laman sosialnya dia tulis ni mungkin kiasan supaya kitorang berhenti ganggu hidup dia.

GANGGU HIDUP DIA? Baiklah.

Cuma aku sedih. Sumpah aku sedih. Dia yg berjaya lembutkan hati aku yg keras, tapi tak dapat lembutkan hati sendiri yg lebih keras. Aku harap sangat dia dapat petunjuk dari Allah.

Segala yang baik itu anugerah dari Allah, segala yg buruk itu datangnya dari kelemahan manusia itu sendiri.

Semoga Allah mengampunimu, sahabat.

1 comment:

AKMAL_ALIF said...

oh ya, cerita tentang ni...izinkan saya menulis sesuatu jugak untuk di 'link'kat sini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...