Instagram

Friday, March 12, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Akhirnya? Hah.. Soalan 1 Malaysia,



"Eh kau dapat bape weh?"

----------------------------------------------------------

Lutut aku dah penat nak tekan punat MERAH kat henpon. Bila ada incoming call je lutut aku mula meronta-ronta minta dihentak ke kepala traktor. Belum keluar rumah lagi ringtone Spongebob berkumandang menandakan adanya mesej baru masuk, tidak kurang juga ringtone A Little Piece Of Heaven melalak-lalak menandakan ada panggilan baru. Kepala aku terus bercelaru.



Kesan daripada insiden aku melanggar bas sekolah jiran aku, pagi tadi aku jadi blur-blur macam kanak-kanak lahir tak cukup bulan. Pukul 11 aku keluar rumah naik kereta New Saga milik kak ngah menuju ke sekolah. Driver aku [bangteh] ahaha..aku mintak tolong dia hantar sebab dia abang kandung aku. Ok. Lepas pick-up si diva Anisah kat rumah dia aku pun menuju ke sekolah.




Sampai sekolah aku ngan nisah menuju ke Foyer B, maka kedengaranlah berkumandangnya suara cekgu mengumumkan top 20 SPM candidates yg cemerlang gemilang terbilang. Tahniah kepada mereka. Lepas tu sorang demi sorang junior aku datang serang. Aku belum lagi ambil slip kat cekgu dah kena serang. *sepatutnya aku pakai kostum bibik aku*






Setelah melepaskan diri dari serangan itu, makanya aku pun menuju ke tempat di mana aku bisa mendapatkan slip keramat aku. Sampai kena beratur pulak, tengah2 syok layan gigil ketika beratur, aku nampak lembaga. Tak lain tak bukan si Ungku ngan Caer. Gila. Dorang saja parking kat kelas aku kan. For sure aku memang tak buleh lari dahh.




Lepas je ambil slip aku tak tengok pun, aku simpan kat dalam majalah sekolah pastu aku buat-buat macam tak kenal semua orang. Nadiah ngan Mimi dah hilang dah. Pastu aku jumpa Ma'a si manis gebu aku. Cecepat aku suruh dia ambil slip. Pastu kami berpimpin tangan dan menarik Anisah ke Dataran Gemilang. Pastu kami buka slip sama-sama. Pastu kami diam dan senyum. Pastu kami tukar-tukar slip. Pastu kami sukahati ketawa ria. Pastu kami diserang oleh ungku dan caer. Pastu.....................





Pastu kami bersyukur ke hadrat Illahi. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya aku takde fail. Semua credit. Matrik pun layak. Selepas hari ini, lagi sekali aku kena datang ke sekolah untuk ambil harta benda aku yg tertinggal. Huhu.




SPM. Tamat sudah kisah suka duka sweet 17 =)










Lepas ni perjalanan hidup aku akan lebih mencabar. Semoga Allah mempermudahkan urusanku. Amiin~~

Tahniah kepada rakan sekelas aku yg tersenarai Top 20. Raz Nor Zahirah [8A2B] Nazirah Ishar[7A2B]





2 comments:

azxej said...

tahniah lar yer budak.....baru spm..perjalann masih panjang lagi..mst tgh lega + puas spt baru pas berak...(<--- xdo contoh lain ke??)..apa2 pon se nak dftr ipt 2 buat kptsn dgn btul..bykkn solat istikarah + hajat..pastikan kursus 2 ko minat..mtk pndpt ckgu or fmly..jgn ikut org jer..apa2 pon bdk y degil...tahniah yer..

ikafantasi said...

tme kasih abg azfar...




====stop calling me BUDAK====

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...