Instagram

Saturday, March 13, 2010

Mood Korea Mari Bertalu-talu.

Aku tak faham. Apa jenis badi datang kepadaku sampai tak putus-putus aku layan lagu-lagu Korea dari pagi ke petang. Dan dengan penuh rancak tanpa tanda tanya aku layan YouTube tengok video clip SS501. Satu persatu penuh ghairah aku tekan related videos. Sampai lappy angah aku ni hang 2 3 kali.












Ni semua penangan si Kim Hyung Joon tu lah. Ha sape suruh kau senyum comel-comel?









Buat pertama kalinya aku dengan penuh sabar sejak pagi tadi tunggu buffer bala si YouTube yg lambat seperti kura-kura.







Anda bayangkan, video 5 minit. Aku tunggu buffer 30 minit. Setakat ni video yg aku dah berjaya tengok adalah sebanyak 16 video. Saya ulang, 16 VIDEO.





Ha korang kiralah sendiri berapa lama masa yg aku ambil untuk menunggu buffer bala tersebut. Aku tengok dia buffering so slow tu sempat aku makan, mandi, tengok TV, semayang, makan lagi, tengok hindustan, makan lagi, pegi kedai beli chipster, makan.














*jangan salahkan aku tak pandai jaga badan bila aku dah gemuk. Semua kerana Kim Hyung Jun!*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...