Instagram

Thursday, March 4, 2010

Sakit, sakit dan sakit. Akhirnya....... [PART 2]

Jumaat, 26 Februari 2010

Pagi-pagi aku terjaga sebab kepala aku rasa nak pecah dah. Aku menangis kesakitan yg teramat sangat. Cecepat aku tepon ma, aku memang tak larat langsung nak bangun ke ape ke. Hanya henpon aku je yg paling dekat ngan aku. Terus aku call ma ngadu sambil nangis2. Pastu ma call makteh tolong tengok aku jap. Oh ya, hari ni cuti Maulidur Rasul. Jadi semua orang ada di rumah. Makteh meluru ke bilik aku setelah ma call plus suara aku makin merdu lunak senak je menangis nangis bagaikan bayi baru lahir. Makteh terus jerlum kepala aku dengan air campur ais. Pastu sapu 'mandian kepala' aku sekeliling tengkuk.

15 minit kemudian Makteh tuntun aku ke bilik mandi. Aku mandi ala kadar je sebab tak mampu nak mandi bersungguh-sungguh. Selesai mandi sakit kepala aku tak surut jugak. Sumpah aku tak larat. Sakit kepala macam ni pernah jadi kat aku masa skolah dulu, yg menyebabkan aku pengsan masa exam dengan erti kata lain, aku failed 2 subjek dan dapat nombor last dlm kelas.

Selesai mandi aku masih meraung kesakitan, badan lemah2 Makteh ajak Pakteh bawak aku pegi hospital awal pagi tu. Ya, jam 8 pagi masih awal rasanya. Sampai di hospital, aku dibawa menaiki wheel chair ke ruang kecemasan, nurse kasik inject aku punya salur darah sampai 3 kali sebab,"ADIK NI TAKDE SALUR DARAH KE?" Aku hanya menjawab,"sakit..." Lalu nurse tu cocok kat bhgian belakang tapak tangan kiri aku. Dia ambil darah pada cocokan kedua. Lima cocok baru jumpa darah. *MANA PERGI DARAH SAYA NI? ENCIK DRAKULA MAKAN?* Pastu dia cocok vitamin kat blakang aku plak. Sekian terima kasih. Kesian aku, masuk hospital cocok sana sini. *habis lubang lubang badan i."

Doktor tu kata aku ada jangkitan kuman dalam darah. Lepas cucuk tang sini, cucuk tang sini, bagi ubat dan sebagainya aku rehat dalam 2 jam kat ruang kecemasan pastu doktor datang tanya aku,"Adik mau kita tahan ward atau mau kita bagi ubat? Tapi kalau tak berkesan kita kena tahan ward juga ma."*doktor tu cina* Dengan pantas aku jawab,"Tak nak, orang nak balik ni." Cecepat aku bangun buat2 muka sihat wal afiat. Pastu Makteh datang, uruskan pasal ubat dan sebagainya aku pun dibenarkan pulang dengan berat hati, saya ulang, DENGAN BERAT HATI oleh doktor cina tu.

Hari yg sama, 11.30 mlm

Kepala aku datang balik sakitnya. Sampai penat-penat aku tahan sakit. Aku mula dah meraung sakit. Zulaikha masuk bilik nak salin baju, terkejut tengok aku nangis golek golek atas katil. Dia meluru panggil Makteh, cecepat je makteh datang dan suh pakteh siapkan kereta pergi hospital.

MAKA, di sinilah bermulah alkisah aku ditinggalkan di Ward 3B Bed 6. Lepas kene cucuk lagi di ruang kecemasan, aku dibawa ke Ward 3B Bed 6 dan sekali lagi dicucuk. Badan aku dimasukkan air, sepanjang malam aku tak boleh tidur langsung. Sakit kepala sampai muntah banyak kali. Kesian kat Makteh, penat jaga aku sepanjang malam. Nak dekat pagi baru aku lena. Sedar je dah 3 botol air berganti. Lebih kurang jam 7, Makteh bawak aku mandi. Lepas siap pakai kostum hspital yg besar gadang tu, datang nurse2 nak bawak aku ke Hospital Besar Seberang Jaya untuk buat pemeriksaan CT scan kat kepala otak aku yg asek meragam ni. Dalam perjalanan dalam kereta ambulan aku tak berhenti menangis. Sakit lain macam pulak. Sesampainya aku kat situ, aku masuk ke bilik CT Scan pastu aku tak ingat apa dah. Dalam ambulan nak balik tu baru aku sedar. Kepala aku still in pain tapi aku decide baik aku buat bodoh je. Tapi air mata masih mengalir menahan sakit.

Sampai hospital kepala batas, aku kena cucuk lagi. Sambung masuk air dan ujian darah diambil sekali lagi. Lepas tu kena cucuk lagi dengan apa jenis ubat dah. Selang 10 minit macam tu aku pun tak sedar apa dah. Sampai la nak petang, Makteh kejut aku bangun makan lepas tu nak makan ubat pulak, tengah-tengah makan aku nampak dari jauh cara jalan macam ma. Dia nampak aku terus jalan cecepat ke arah aku. YEAH!!! Ma dah sampai. Mesti Makteh yg gtau aku masuk hospital. Rasa nak terbang kat ma, tapi keupayaan aku dah hilang langsung. Selesai makan ubat. Sekian banyak banyak, telan ubat telan air dengan telannya aku pun muntah. Lepas tu aku jadi tak larat maka aku tak sedar lagi. Malamnya aku terjaga, muntah lagi. Ma yg jaga aku malam tu. Kesian ma jugak, macam Makteh, ma tak boleh lelap mata sebab aku kejap-kejap terjaga nak ke toilet, nak muntah la. Cengeng betul aku ni.

to be continued....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...