Instagram

Thursday, March 4, 2010

Sakit, sakit dan sakit. Akhirnya....... [PART 3]

Sabtu, 27 Februari 2010

Bangun pagi tu ma mandikan aku. T____T" *saya amat terharu sampai tak boleh cakap dahhh* Pastu mak suap bubur, roti, air milo panas ma buatkan. Semua ma buat. Ma tak bagi aku bergerak pun dari katil, nak ke toilet pun ma ikut masuk. Lepas tu makan ubat. Hari ni aku tak muntah pulak. Alhamdulillah. Mak Teh datang jenguk aku hari ni. Memandangkan kantin tutup Makteh join Ma ngan Angah jaga aku. Pill time! Nurse tu datang bawa ubat, dia masukkan ikut tiub air. Pastu dia bagi ubat pil tahan sakit 2 biji. Tengok macam bendera Pulau Pinang pulak kaler Kuning Biru. Selesai makan akhirnya aku muntah jua. Seksanya muntah bukan main lagi. Amat terseksa.

Lepas tu Makteh minta diri nak balik sebab nak beli barang kantin. Peluk cium mak teh kasi sebelum gerak. Bye mak teh. Masa aku tengah tidur, Pak Ngah datang dengan Mak Ngah Jemah bawak Tok Lang. Keadaan aku yg takde upaya membataskan segalanya. Aku bersalam dengan dorang. Terbaring. Kesan ubat barangkali meletihkan aku. Atau setelah memuntahkan isi perut aku teramatlah lemah selemahnya. Akhirnya aku tertidur lagi. Ma kejut aku bila dorang dah nak balik. Tok peluk cium aku, begitu jugak Pak Ngah. I love u both lahh. Mak Ngah? ermmm.....

Pastu aku tertidur lagi. Masuk hari ni dah 5 botol air. Bengkak tangan kanan aku ni. Menjelang malam keadaan aku memang tak pulih. Masih lemah. Huih..... Maaf makteh, ma, angah, ayah..ika susahkan korang =___="

to be continued....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...