Instagram

Thursday, March 4, 2010

Sakit, sakit dan sakit. Akhirnya....... [PART 4]

Ahad, 28 Februari 2010

Bangun pagi seperti biasa ma ajak pergi mandi. Selesai, ma ikat rambut aku cantik-cantik sebab ma kata rimas tengok muka aku sakai, rambut kusut masai macam orang sakit. *I am, right?* Thanks, mom! Next, ma suap aku bubur macam biasa lepas tu makan ubat. Yea aku tak muntah. Lepas tu ma hulur biskut Musics yg ada coklat tu. Punya selera badak aku makan tak pandang kiri kanan. Bak kata makcik-makcik, mak mentua lalu blakang pun perasan. Ha memang betul pun, Makcik sebelah katil aku ni tegur pun mampuih hang aku tak perasan. Pastu ma pergi borak potpetpotpet ngan makcik tu. Aku tak duduk atas katil pun, aku lepak kat kerusi empuk utk visitors je. Dengan senyap-senyap tikus belanda, aku bukak laci pelan pelan. Wahhhh....ada candies..! Yang amat banyak. Tetiba ma datang. Ha! padan muka kau ika. Pencuri. Haha pastu ma bagi aku satu.

Selesai tu aku bantai borak ngan ma, nampak macam dah sihat enn. Haha. Akak depan katil aku pun cam pelik pelik je aku bantai gelak ngan ma kuat kuat. Almaklum lah 2 hari aku kat sini macam orang sakit tenat, tiba2 dah boleh gelak siap kuar air mata lagi. Selesai gelak, ermm...maksud aku, selesai borak, Angah datang bertukar ngan ma pulak. Angah datang je aku ngantuk. Haha. Aku tipu je, saje kasi dia neves, makcik ni tengok darah pun pitam pucat bibir. muahaha*macam ni la angah gelak*

Aku sambung borak borak gosip gosip ngan angah. Pastu Kak Eda datang. Tak lama tu Abg Tan pulak datang. Mereka ialah anak Pak Ngah yakni sepupu aku. Tak lama lagi Kak Ida pulak datang yakni bini Abg Tan. Borak-borak aku pun mula pening pusing pusing. Aku pegi ke katil dan baring. Tah bila masa aku tidur pun aku tak sedar. Sedar je Angah kata dia tgh syok borak borak ngan aku tiba2 aku senyap. Haha sori la ngah. Kepala i mereng kembali. Selesai tu aku tertidur balik. Aku bangun je angah skali lagi marah aku sebab biarkan dia cakap sendirian. wahaha pastu aku marah dia balik, aku nak ma. Nak mandi. Kepala aku dah sakit. Hari pun dah petang. Aku nak mandi sebab tak selesa gila dah ni. Angah pun call ma suh datang skang. Hehe.

Tak lama tu ma sampai terus tarik aku pegi mandi. Selesai mandi, Angah pun dah balik, aku lepak ngan ma. Badan aku kembali lemah. Akak depan katil aku pun hairan, maka berlaku 1 perbualan.

Akak depan katil aku : Napa makcik? demam ke? [dia ni takde loghat penang sbb dia asal KL]
ma : Ha'ah tu lah, pg td elok je borak2 gelak. Ni dah petang ni panas dia demam balik sakit kepala semua ada.
Akak depan katil aku : ha tu lah td tgk ceria je dgn kakak dia.

Aku diam je la. Sakit sakit macam ni nak layan potpet pun tak guna. Buat pecah kepala je. Baik aku tidur. Menjelang senja ma kejut aku. Ma tak kasi tidur, sementara tu ma bagi aku tasbih buat aku zikir. Aku pun zikir smpai la ma habis solat. Pastu makan ubat lagi. Makanya aku sekali lagi tertidur.

to be continued....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...