Instagram

Thursday, March 4, 2010

Sakit, sakit dan sakit. Akhirnya.......

Akhirnya? Ke wad juga perginya daku. ALKISAH....

Khamis, 25 Februari 2010

Ke kantin seperti biasa meneruskan kerja-kerja rutin. Masa tengah syok membungkus nasi lemak, kepala aku mula sakit nyotnyot. Kebetulan Along nak pergi isi minyak motor dia aku pun mintak tolong beli minyak cap Kapak botol kecik. Aku hulur lah RM 3 dengan harapan cukup la duit banyak tu. Sekembalinya Along 15 minit kemudian, dia hulur minyak cap Kapak botol 4 segi yg besar sikit tu. *beliau lama merantau, bahasa melayu kurang paham barangkali* Aku pun 'memandikan' kepala aku dengan minyak tu.

Menjelang tengahari, masa aku tengah syok susunkira wang masuk sesi pagi kepala aku mula sakit lagi. Alah sakit macam biasa je lah. Maca selalu tu. Aku pun mendapatkan 'mandian kepala' aku dan mulakan 'mandian'. Lega jap aku pergi lepak ngan Mak Teh borak pungpangpungpang pastu aku berambus ke bilik belakang sebab sakit kepala aku sudah bukan main lagi. Aku bantai tidur 2 jam. Dari kul 11.30 smpai la nak dekat kul 1.30. Nasib baik 'mulut' Mak Anjang kesayangan aku berjaya memecahkan telinga dan jiwa aku lalu aku terjaga. Aku terus mandi siap basah rambut lagi. Padahal kat kantin je. Lepas solat aku pegi sambung keje. Aku tak peduli dah ar ngan kepala aku ni. Takkan la nak tinggalkan kepala kat bilik pulak.

Menjelang jam 3 aku siapkan barang jualan ke luar, Mizah join aku bubuh kuew teow makanan budak. Tu yg best kerja sini, kerja tak teruk mana walaupun seharian. Tapi penat memanglah penat. Tapi gaji masyuk :) Plus, yg kerja kat sini semua saudara mara belaka. Bahagia. ok smbung. Habis jualan petang kami cecepat mengemas memandangkan tauke merangkap Mak Teh kesayangan aku nak belanja mee rebus Pulau Sayur sebab semalam dan 2 hari lepas kitorang buat OT. *keje kantin pun pakai sistem OT doe* Siap kemas kami bertolak ke Pulau Sayur dekat2 ngan area Kota Kuala Muda. *perghh sampai ke Kedah pakteh bawak* Pas Along park moto dia kat Masjid TAT, kitorang gerak terus.

Sampai dah. Syok ohh tepi pantai betul-betul ar gerai dia. Udang besar2. Puas hati aku makan. Kepala aku? Masih nyotnyot tapi tak teruk mana. Biasa je. Sebelum makan aku pergi melepak ngan nurul n bibah kat tepi pantai. Best kena angin. Pastu aku naik nak makan. Selesai makan kenyang-kenyang, aku pun turun balik ke pantai. Tapi jauh dari air laut sebab aku malas nak kotorkan kaki dengan pasir. Lagipun kang sepah-sepah van pakteh dgn pasir. Aku bertindak mengawasi budak-budak kecik sepupuku, Hazrul, Zulaikha *yg juga dipanggil IKA* dan Hafis.

Aku melepek di atas batu sebelah bot nelayan kat situ. Dari sini boleh nampak Pulau Dayang Bunting. Indahnya alam, Subhanallah. Aku ambil masa yg lama jugak berteleku tadabbur alam sambil berzikir. Damai sedamainya jiwa aku rasa. Betapa kerdilnya aku ni. Tetiba an rasa insaf pulak dengan banyak kekhilafan yg aku pernah lakukan selama ni. huhu >___<"

Nak dekat senja dah, nurul mizah n bibah dah lama naik. Tinggal aku ngan kanak-kanak itu saje. Maka berlakulah satu perbualan yg terdengar di cuping telinga aku ni.

Along : Nurul, pi panggil budak-budak naik.
Nurul : Budak apaaaaa...Tu ha pi suh BUDAK BAJU BIRU tu naik dulu.
Mizah : Hey, budak baju biru ohhhhh budak baju biru. Mai naik sini mai....
Aku : [pandangan kesentapan berlaku di sini] Ala, ika tau la.. Nak naik la ni. Budak-budak!! ohh Budak-budak mai naik jom nak balik dah. [teknik pengcoveran berkala]
Along : Haha.

Aku pun naik dan mendarat di sebelah Mak Cik Fauziah. Berlaku lagi satu perbualan. Bainahum al hiwar al ati.

Along : Tu dik, tengok kucing duk dating tu. [dia cakap kat dik hafis]
[Pastu aku pun pandang blakang, bukan syok tgk kucing dating, tp reflex..xleh wat ape la kan]
Hafis : Meow meow. [bukan dia bertukar jd kucing ya.]
Aku : Shhhhhhh...[aku mendekati kucing tu, syok je dorang berpandangan mata ke mata duduk relek depan berdepan, ini pelik ni]
Along : tengok tu ika, kucing duk dating dia pi kacau.
Aku : [pandangan sinis] Mana bleh dating ar, DOSA.

PASTU KAN SEMUA ORANG DIAM *gelak golek-golek*

to be continued...........

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...