Instagram

Saturday, May 22, 2010

Minggu Pengurusan Pelajar Baru MPPB Kolej Matrikulasi Selangor 2010/2011 [part 1]

10 Mei 2010

Aku bertolak dari Kajang dalam 12.30 pm. Berbekalkan doa, aku pun naik ke Saga. Ayah, ma, angah, intan je yang menemani aku masa tu. Dalam perjalanan, aku tidur je la kan memandangkan aku dah penat beronok ronok sepanjang cuti seminggu aku tu. Sesampainya di KMS, aku dengan tenangnya pergi daftar, famili aku kena lepak kat Dewan Antares dengar taklimat. Kitorang dibawak ke bilik tutoran untuk ambil Buku Pendaftaran bersama dengan Borang Perjanjian. Time ni aku nampak makhluk Allah yg aku rasa macam kenal. Tapi kerana kesibukan nak mendaftar, aku biar je la dia dulu en. Lalu kitorang diarah pula ke perpustakaan untuk urusan pendaftaran kolej kediaman. SELESAI.

Aku dapat Asrama Polaris, Tingkat 4, Bilik 13. Ya, TINGKAT 4, saya ulang, TINGKAT 4. Saya memang kesian. Lepas tu, aku, angah ngan Intan menuju ke asrama yg dikatakan sungguh POLARIS itu untuk ambil gambar, urusan kad matrik, ambil kunci bilik, dan serahkan borang kuning. SELESAI. Kitorang menuju ke Saga dan bergerak ke Asrama Polaris. Dengan berbekalkan peluh dan keringat serta kepenatan yg infiniti, aku pun mula mengangkut barang-barang aku yg nampak gaya macam tak nak balik rumah dah tu ke tingkat 4 bilik 13. Perjuangan aku nak naik ke tingkat 4 itu mengambil masa kurang setengah jam. *aku kecik ati dgn polaris sbb bg aku duduk tinggi2*

Selesai berkemas kitorang dipanggil untuk berkumpul di blok masing-masing dengan pakaian KMS merahkuning tu. Masa tu famili aku dah nak balik dah. Lepas salam peluk cium flying kiss sume, Kak Long aka Kak Kiki aka Kak Thaqifah pun pergi jumpa ma ayah, oh dia sepupu aku. Anak pakcik Nasir. Dia jadi fasi kat situ utk MPPB.

Perjalanan sepanjang hari ni memang memenatkan, tambahan pulak kitorang diajar tarian-tarian aneh, dan yg paling aneh pastilah SEMUA MANUSIAAA JADIII PISANG!!! BUU!

---pastu aku betul2 jd pisang sbb lupa tukar baju sebelum tidur---

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...