Instagram

Saturday, May 22, 2010

Minggu Pengurusan Pelajar Baru MPPB Kolej Matrikulasi Selangor 2010/2011 [part 2]

11 Mei 2010

Hari ini kitorang didedahkan dengan taklimat-taklimat pengenalan kepada sistem matrikulasi. And most of the time keje aku kat belakang ialah mencipta PETA DUNIA dan PETA DUNIA FANTASI. Ketidakbolehbelahan berlaku bila aku sedar dari alam supraconscious aku menjadi blur blur tidak tahu apa apa. Saya amat kesian.

Sebelah petang pula aku semangat je pergi Astaka riadah. Buat senamrobik la senamrobotik la poco-poco, lompat bintang dan pelbagai lagi pergerakan yg pelik dan aneh.

Sebelah malam pulak ada forum. Pengisian memang superb, aku tak tidur eh kali ni. Haha. Sedang bersuka-suka cari tempat duduk depan kipas, aku pun duduk la kan, tengah menyelesakan diri tetiba datang satu makhluk lalu depan aku dengan gahnya pijak kain baju kurung aku. Lalu aku terkesima. Kotor! ahhhhhh jenuh la aku menyental malam ni! Aku ingat nak backhand je dia, tapi aku sabar je la en. Sebab aku dah kenyang, jadi aku malas nak layan amarah. Habis program, aku balik tidur.

Tidur lambat ah dalam kul 1 baru aku mampu melayang ke alam fantasi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...