Instagram

Friday, May 28, 2010

Minggu Pengurusan Pelajar Baru MPPB Kolej Matrikulasi Selangor 2010/2011 [part 3]

Kesibukan menyiapkan tugasan tutorial menyebabkan aku takde masa dan mood untuk post entry. Jadi kat sini aku nak cerita TAK BANYAK pasal hari-hari terakhir MPPB.

Kitorang semakin aktif dengan tarian2 yg abg Maaz ajar. Sampai kat dalam bilik pun aku duk open banana 24 jam.

Lain, aku ditempatkan sepraktikum dengan Yana, member kelas aku dulu. Alhamdulillah, aku dapat mentor terbaik, Encik Rizam, dia suruh kitorang panggil dia Bapak. Ala2 zaman P.Ramlee dulu la. Haha. Makanya, 2 hari terakhir di MPPB kitorang habiskan dengan LDK dengan praktikum dan mentor masing.

Berkata tentang SESEORANG yg aku kenal pada awal post aku hari tu, rupanya dia ialah BB, member skolah aku jugak, aisshhh dia tu sebenarnya senior aku, tapi aku tak reti panggil dia abang sebab dia comel sangat. Maka dia banyak bagi briefing secara peribadi kat aku tentang perjalanan MPPB utk budak matrik. Dia kata tak cukup teruk apa yg fasi bagi kat kitorang. Wahaha aku tau la sebab dorang sayang aku kan..

Selain itu, Kak kiki,sepupu aku yg juga bertugas sbg fasi tu pun banyak membantu aku. Tetiba aku rasa bertuah pulak sebab ada kak long [kak kiki] ngan bb yg sudi menjaga aku..wahhahah perasan. Special thanks kat kak long sebab sudi belanja masa kat cafe pentadbiran.

Pemilihan KAKOM. Aku berminat nak main volley. Tapi aku sengaja membantutkan keinginan tanpa sebab. Aku tak tau kenapa.

Last but not least, Majlis Penutup MPPB. Di akhir majlis, Wan, yakni RAKAN SEJOGET aku tu ajak snapping sana sini. Sebelum tu kitorang snapping2 makhluk2 dlm dewan, nampak abg maaz menari-nari gembirakala. Maka, kami menuju ke arah dia dan cakap,"nak sign!" [ini auta] Pastu si shida kekalutan minta no dia. Ignore. Tah dari mana idea member2 aku yg pelik ni suruh abg maaz menari ala2 suju gitu. Maka dengan sporting dan konfiden nya menarilah abg maaz dgn jayanya. hahaha memang smart. Terima kasih kerana sudi menari.

Lepas tengok tayangan perdana sebentar tadi, aku, wan, ain, yana, dengan muka pelahap dan bataks berjalan di sekitar KMS sambil snapping snapping sana sini. Aku gunakan bakat modeling aku selama 20 tahun utk pose dlm pelbagai bentuk. Haha. Oleh sebab ketidaksedaran akal dan ketidakwarasan di tahap infiniti, kitorang tak sedar jam hampir menunjukkan pukul 1am. Maka berjogetlah kami kat tengah2 padang tu. Kerana nak cepat balik bilik, mengantukssss!

Overall, MPPB KMS memang super power. Biar pun KMS panas, panas, kipas kiri, kipas kanan, KMS PANAS, aku tak rasa sunyi kat sini. Homesick apatah lagi. Morning-sickness? lagilah auta infinity.

Di kesempatan yg tak begitu menyempatkan ini, aku nak kirim jutaan terima kasih dan penghargaan terbesar buat group fasilitator MPPB KMS 2010/2011. Korang superb, sayang anda!!

===segala menda alah gambar2 dan video2 sepanjang MPPB akan ku post kan di entry akan datang, sebab si Wan tak bagi lagi gambar tu kat aku===

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...