Instagram

Tuesday, August 17, 2010

Dia datang lagi.

Ramadhan 3,

Aku balik ke Kajang menaiki tren buat pertama kalinya. Agak batak di sana sini mencari hala tuju berani mati super infiniti. Aku buat relek je macam dah biasa. Padahal dalam hati gundah gulana. Sampai KL Sentral aku dah lega, jumpa tren ke Seremban hati makin berbunga. Masuk je waktu aku terus berbuka. Ceh, air lemon menyakitkan perut gua. Ada rasa sikit nak guling-guling pun ada.

Sesampainya di rumah, aku selesai menguruskan diri, aku pun bantai tidur. Seriously, aku lupa makan doe. Ah, takpe. Aiman tak berapa nak kisah. Esok sahur je lah aku makan.

Ramadhan 4,

Sahur sudah, sampai masa berbuka. Ma masak nasi ayam woo...!! Ni nak cerita kejap. Ma aku punya nasi ayam, chef Wan masak 10x untuk aku pun aku tolak tepi. Penangan nasi ayam ma, sampai bawak mimpi tu. *ni bukan auta ni fakta ni.*

Selesai mentekedarah bagai orang tak makan 18 tahun, aku pun solat pastu pergi 'tawareh'. *upin ipin ajar aku* Lepas tawareh, aku join venture ma aku bertadarus. Memandangkan ma aku mengetuai kumpulan tadarus tersebut makanya aku pun jangan mimpi nak balik awal.

Lepas melicinkan moreh, maka tadarus pun start da...


MASA INILAH bermulanya episod duka, sehabis aku selesaikan bacaan, dia datang menjelma. Aku dah sedar dah dia macam dah dekat. Tapi aku buat relek je la kan. Nama pun supercool. Lepas tu dia datang menjelma secara sekata menyebabkan aku tak terkata. Air mata mengalir secara sukarela. Tangan memegang kepala. Spec mata tercampak entah ke mana. Apakan daya, kesedaranku sudah tiada.



Kepala macam kena hempap ngan lori balak dari Hutan Endau-Rompin. Aku mengerang kesakitan. Datanglah ayahku supermanku dari saf lelaki, membawaku menuju ke MyVi putih. Aku terdengar,"Man, baik kau bawak dia jumpa pakar X-Ray betul-betul apo bondo yg ado dlm kepalo otak dio tuh..copek man.." Ma aku memimpin aku. Adik aku tolong bawak spec aku. *ceh*

Agak setengah jam gak la dalam kereta mencari klinik tapi tak buka. Akhirnya ke Hospital jua. Masuk ward kecemasan. Memang cemas betul la.. Tak buleh cakap punye cemas lagi-lagi bila ma pergi daftar, aku kena tinggal sorang2 atas wheelchair dengan kepala yg 99% berderaian ni ha. Nasib ade sorang uncle nurse tu tolak wheelchair aku pergi ke katil.

Tah ape kejadah dia ambil darah aku sebotol, cocok lagi aku sana-sini. Ces..

.................berlalu tanpa kata kerana tidak sedarkan diri..............................


Keputusan :
Jangkitan kuman dalam darah dan sel darah putih berlebihan.


Masih seperti dulu. Ingatkan aku makan ubat, kuman boleh blah dengan releknya. Rupanya tidak. Lepas ni aku nak try Gaviscon. Kot2 dia ada hati nak blah.

Apa pun, Alhamdulillah masih dipanjangkan usia hingga ke hari ini. Masih mampu menaip entry. Masih mampu berlari-lari. Masih mampu hidup berdikari di KMS bersendiri penuh sepi.

Terima kasih kepada saudara Asy yang sudi post entry tentang aku kat blog beliau. Thanks a lot Asy for the great care. Sure I'm appreciate it.

2 comments:

miszTERRA_SF_ said...

awk.. nampak jelas yg awk sgt2 tabah.. tahniah :)
insyaAllah Allah brsame hamba2 Nya yg sabar
sy doakan awk sembuh n d pnjangkan umo

ikafantasi said...

amiin~~

terima kasih miszTERRA :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...