Instagram

Friday, August 20, 2010

Kumbang ohh Kumbang

Pada hari Selasa bersamaan 17 Ogos yang lalu....

Aku mulakan kelas pertama dalam minggu tu sebab aku balik KMS Isnin petang due to my sickness*synthesis in MUET..haha* Pepagian tu kan aku masih dalam kondisi separa larat sebab belum pulih sepenuhnya. Maka, aku siap agak lambat. Sorry sorry kepada Ain Hisyam yang agak lama mencongak polka dot baju beliau sementara tunggu aku siap. *heh aku memang pegi kuliah ngan dia ar*

Lepas siap, aku pun keluar bilik sambil babai tata titi tutu sama roommates ku yg saiko belaka itu. Memakai kasut skema kaler hitam berkilat yang dah season tu, aku separa pelik sebab macam ada batu pulak kat hujung dalam kasut tu. Aku pun korek ar pakai tangan.*don wori takde bau k aku dah spray ngan shoe perfume :)* Pastu agak aneh pulak, sambil aku korek2 sambil aku pikir mana datang kejadah batu kat tingkat 2 Asrama Polaris ini???? Dan apakah pula kejadahnya batu itu teramat LICIN???? BATU CINCINkah??? Eh tak haruslah berfikiran itu. Tetiba aku nampak seekor haiwan binatang serangga berterbangan di depanku.

Terus aku campak kasut tu. Jap2!!! Eh takkanlah??? Argghhhh tolonglah jangan!!! Tidakkkssss!!!

Aku amek balik kasut lusuh tu dan picit bahagian hujung supaya kejadah aneh tu keluar. Yaaaa!!!
Dengan gaya separuh batak geli geleman nak muntah hijau, aku jerit satu Polaris. KUMBANG!!!!! BESAR!!! HITAM!!!! cessss!!!!!!

kau tengok ar badan dia licin tu an..tu ar yg aku pegang tu weh masyaAllah geli arhhh!!!!


Tidak semena-mena aku mengalirkan air mata sambil nangis-nangis keCENGENGan. Ya, aku memang amat cengeng dan geli dan batak terhadap serangga-serangga sebesar itu. Mungkin aku masih bernasib baik sebab ia hanya kumbang. NO!! Shouldn't use 'HANYA'!! Kumbang ialah seram ok. Kalau la kata LIPAS yang ada dalam kasut tu sumpah AKU TAK PERGI KELAS DAN BERHENTI KOLEJ!!!! Weh geli laaa!!!

Eeeeyarkss infiniti wei geli ahhhh~~~


weh geli kaki berbulu weh geli geli ahhh!!!!!!!!!!

Lalu aku teringat cerita masa aku form 5. Aku tak pergi sekolah sebab terpijak lipas sampai penyek menggunakaan kaki. Terus aku nak pitam wei. Tak pergi sekolah la sampai. Killer doe lipas tu!!!*walaupun beliau yg menemui ajal di telapak kakiku* Ah pedulikan. Lepas tu aku cuci kaki pakai Softlan nak kasi wangi lah konon. EE busuk lipas weh.. Aku pikir nak pakai Bleach je ar kan tapi nanti rompong ar telapak kakiku ini.

In conclusion, Wei tolong ar aku tak benci sangat la kat dorang. Aku GELI INFINITI je ar. Ish nak taip ni pun payah ni dah mual-mual-badak-air dah ni weh. Oh tidak..!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...