Instagram

Tuesday, August 24, 2010

Result UPS :)

Gembar-gembur mengatakan bahawasanya Keputusan Ujian Pertengahan Semester akan keluar pada 28 Ogos 2010. Yak aku dah seram sejuk. Tapi masih relek.

20 Ogos

Berlaku satu perbualan, bainahumul hiwarul aati :

Mr. M : result ups akan keluar tak lama lagi ye. so, kamu bersedialah ye. dia mungkin akan hantar ke rumah kamu.
aku : [sambil mata kuyu super infiniti] bile encik?
Mr.M : 23hb nanti. result kamu akan ditampal lah di mana2 di kawasan kolej ni. pandai2lah kamu carik. Tapi result yg akan dihantar ke rumah kamu saya tak pasti bila.
aku : [mata segar secara spontan] oh =.='


23 Ogos 2010

Result UPS dah ditampal kat blok aku dah. Seram. Ingat aku nak tengok? no no no no baby no no no no don't loookkkk :|

Lepas tamat kelas English ngan Mr. Rameshen, semua orang gempak gegar satu kolej, ada yang berlari-lari anak, ada yang berlari-lari emak tak kurang jugak yang berlari-lari bapak. Oh? Menuju ke kolej masing-masing barangkali. Aku dalam hati berkata,"kampungan..tak saba nak tido ke weh?gap sejam je kot=.="

Sampai kat blok aku, kedengaran suara gelak-gelak keceriaan, tangis-tangis kesedihan tak kurang juga yang gelak + nangis undefined. Aku menuju ke arah kelompokan manusia di bilik TV. Eh??

Keputusan Ujian Pertengahan Semester 1 Sesi 2010/2011.

Oh?? Sempat lak aku terlupa tadi. Aku pun berlari-lari anak kucing Parsi ke arah mereka. Eh? Mana nama aku? [agak batak jugak bila tengok nombor tanpa nama]

Terus aku check satu persatu no matrik bagai nak juling. Agak 15 minit gak ar aku menempekkan pandangan ke atas board yg tinggi tu. Jumpa!!!

MA1023538618 ----->
AA015 - A
AE016 - A
QA016 - A
AN015 - B+
WB - C

Tang WB tu terus aku juling sambil nyanyi, "thinking of you!"
Alhamdulillah.

Terus aku senyum sampai telinga budak bilik sebelah sambil menelepon ma yg jauh di kampung.
Tut Tut...Tut tut...

Aku : assalamualaikum ma!! helo!!!
Ma : Ha waalaikumussalam..nape ika?
Aku : Ma, result UPS dah keluar [nada supersedih ar]
Ma : Ye ke? camne ok?
Aku : Hm..taktau nak cakap.
Ma : Hm takpelah cuba lagi nanti. [mesti ma da nampak banyak D kat result aku hahahaha]
Aku : 3.8 ma.
Ma : Laaaa yeke???? Alhamdulillah. Bagus2. Ok ma ada kerja. bye.
Aku : O......k =.=" [sambil tengok hp lama2]

Ma memang suka menyentapkan aku. Haih. Patut aku tipu panjang sket. Baru leh dengar suara ma lama-lama. Derr...Saba je.

Khamis ni aku balik aku berkepit ngan ma puas-puas. Ayah!!! hehe aku tak bagitau ayah pun :)
Tunggu ayah tanye ar hahahhaha=)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...